Monday, 28 August 2017

Bismillah 3

Khasiat Bismillah 3

Kongsikan di

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa.  ‘A-‘uu-dzu Bi-‘iz-za-tiL-Laa-hi Wa-qud-ro-ti-hi min syar-ri maa A-ji-du wa-‘u-haa-dzi-ru.

.

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.

.

Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.

.

Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”

.

Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”

.

.

Cara Dan Kaedah Merawatnya:

.

Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetatui

Saturday, 26 August 2017

Mee goreng bnjir

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan bahan:

500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer
Minyak

Bahan tabur:

1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng

Cara cara:

Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati.

Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.

Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng.

Ayam celut tepung

Ayam Ala2 KFC InTheHouse
Jom Sy Tolong Bongkar Rahsia Kelazatan Ayam KFC😋😋😊

BAHAN-BAHANYA
1.ayam yang telah bersih dibasuh
2.tepung Bestari
3.serbuk kari
4.serbuk lada
5.serbuk kunyit
6.garam

Thursday, 17 August 2017

Doa kesejahteraan



رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

Doa mnta pahala

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Doa dlm masalah


دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ    الشَّاكِرِ     

Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Diabetes da ubatnya

Kaki Yang Dah Membusuk, Akhirnya Dapat Diselamatkan

Kaki Yang Dah Membusuk, Akhirnya Dapat Diselamatkan

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Ambil sebiji limau nipis.dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air.Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya.Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum.

Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong.Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya.

Ingat yg penting hancurkan biji.Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh.Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk.Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula.

Jom kita share dengan rakan2


Berikut pula ialah respond dari seorang doktor perubatan:

Pertamanya, saya ucapkan “tahniah” kepada pesara imegresen berkenaan dan rakan-rakan beliau kerana “sembuh sepenuhnya” dari penyakit kencing manis. Mudah sungguh sembuh. Sedangkan doktor seluruh dunia berhempas pulas mencari ubat terbaik. 😎

Kencing Manis adalah sejenis penyakit kronik yang tersenarai antara 5 penyakit kronik tertinggi di dunia.Saban waktu para doktor seluruh dunia merawat pesakit kencing manis dan komplikasi darinya. Sehingga kini lebih dari 422 juta orang pengidap kencing manis dan 2.2 juta kematian akibat paras gula yang melilau tinggi. Dijangka menjelang 2030, kencing manis adalah antara 7 peneraju utama kematian seluruh dunia.

Cuba bayangkan beratnya beban doktor dan pesakit dalam membanteras penyakit ini. Lebih membimbangkan lagi kencing manis ini adalah punca besar kepada kebutaan, sakit buah pinggang, serangan jantung, strok dan kaki dipotong akibat busuk. Kesemuanya memerlukan pemerhatian dan ketelitian dalam merawat pesakit.

Terdapat lebih dari 7 jenis ubat digunakan oleh pakar perubatan dalam mengawal gula dalam darah pesakit kencing manis. Selain dari memberi kaunseling kaedah pemakanan, cara hidup sihat, kurangkan stres dan tidak merokok, para doktor tidak jemu untuk terus merawat.

Saya terkesima dengan pengakuan ikhlas dari pesara imegresen berkenaan. Jika ianya benar, Malaysia akan mashyur seentero alam atas penemuan terbaru ini. Jika sekiranya benar dakwaan beliau ini, maka layak mendapat anugerah penciptaan ubat terunggul kencing manis di kurun ini.

Tetapi tidak semudah itu sesuatu ubat yang mempunyai “kuasa penyembuh” ajaib ini ditemui. Ubat Galega officinalis yang menjadi bahan asas metformin (ubat standard kencing manis) pun mengambil berkurun lamanya sebelum diluluskan kegunaannya. Proses penemuan sesuatu ubat mesti menjalani fasa-fasa yang cukup teliti, bukannya rebusan didapur dan terus terbukti!

Secara sinis, teringin saya bertemu beliau dan membuat catatan sejarah penemuan ini agar ianya termaktub dalam penulisan kes dunia perubatan. Jika sesiapa mengenali beliau, sila ketemukan saya.

Doktor adalah perantara, kuasa penyembuh adalah Allah jua.

Fisiologi badan

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI*
.
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
.
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
.
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
.
Jom kurus, cantik dan gebus dengan Sauna 💓😍

Kisah semut

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun??

Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??

Maka semut itu menjawab, " Jika diluar botol ini
aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat..

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut..

Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat..Ianya milik Allah secara mutlak..

#syukurselalu
#Alhamdulillah

Doa hari jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Jumaat      
4 August 2017.                                    

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                   
Ya Allah kami memohon ampun atas segala dosa dan salah silap yang kami lakukan selama ini  moga-moga kami dapat menjalani ibadah kami dengan lebih tenang, sempurna dan mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah beri lah kekuatan kepada kami untuk melipatgandakan Ibadah.

Ya Allah berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkankan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

Ya Allah ampunilah dosa kami .dan bukakanlah bagi kami pintu rahmat Mu.

Dengan nama Allah kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali pertolongan Mu Ya Allah.

Ya Allah anugerahkanlah bagi kami pasangan hidup dan keturunan kami sebagai peyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari api neraka.

Ya Allah kami memoho kesejahteraa badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki, serta taubat sebelum mati dan mendapat rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati.

Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami dan lancarkanlah lidah kami supaya mereka faham ucapan kami.

Ya Allah ampunilah bagi kami segala dosa kami dan juga dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami dimasa kami kecil.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Ya Allah kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan  taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.ُ

Ya Allah Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepada kami dengan memberi kebaikan kepada anak cucu kami. Sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami termasuk orang-orang beriman.

Ya Allah Ya Tuhan kami hindarilah kami dari bala dunia dan bala akhirat.

Ya Allah hampirilah kami dengan kebenaran AlQuraan yang benar dan dan hindarilah kami dari kejahatan dunia.

Ya Allah terima kasih kerana melanjutkan lagi  usia kami hingga hari ini, redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah ururusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami, lindungilah semua insan yang kami sayang.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan didunia dan diakhirat.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama , dunia, keluarga dan harta kami.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
                                          
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

Amalan untuk langsai hutang

Assalamualaikum & Selamat Pagi

3 Tips yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew mengenai hutang.

Ada seorang sahabat Nabi, ada masalah hutang. Macam-macam dah buat, namun masih sempit jugak.

Lalu, Nabi saw ajar, sebelum masuk rumah;

✅Beri salam.
✅Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali.
✅Selawat ke atas Nabi.

Alhamdulillah rezeki akan nampak mencurah-curah selepas tu.

Selamat beramal😘

Senaman tenaga batin


Informasi Terkini

Senaman Harimau Untuk Menguatkan Tenaga Batin Untuk Lelaki

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.
Padi Bukit. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut. Tarik nafas sedalam yang mungkin. Tahan selama 6 saat. Hembus perlahan-lahan. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan. Ulang sehingga 3 kali. Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.
Nafas Pertapa. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki. Tarik kaki rapat ke arah badan. Tegakkan belakang. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu). Tahan sehingga 6 saat. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali. Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.
Rentak Urutan. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan.  Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar. Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.
Tarik Sepadan. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan.  Cuba pastikan lutut mencecah lantai. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal. Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.
Rentak Lentang. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai. Tangan masih memegang ibu jari. Kembali ke posisi asal. Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.
Tepis Jengking. Duduk bersila. Tegakkan belakang. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas. Tukar tangan kiri. Ulang sebanyak 3 kali. Setelah habis gerakan hembus nafas. Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.
Matahari Naik. Duduk bersila dan tegakkan belakang. Bermula dengan tangan di belakang pinggang. Tekan pinggang dengan bantuan tangan. Tarik nafas dan tahan. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala. Hembuskan nafas. Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.
Lenjang Gajah. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri. Tegakkan belakang. Tarik nafas perlahan-lahan. Letak tangan kanan atas lutut kiri. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin.
Cakar Harimau. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin. Jari kanan harus mencecah lantai. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published.Required fields are marked *

Comment 

Name * 

Email * 

Website 

RECENT POSTS

Kanak-Kanak Dihalau Ke Saf Belakang, Jawapan Budak Ini Buat AJK Surau SENTAP!Cik B Bagi Amaran Kepada Lelaki Cuba Dekati DSVKisah Kambing Dan Alat Tenun Yang HilangHidup ini singkat, kita tidak tahu bila kita akan ‘berangkat’ – Tauke Jambu(8 Gambar) Bila Pak Arab Dapat Kereta.

RECENT COMMENT

Tuesday, 15 August 2017

Doa ubat penyakit

Tazkirah Ustaz Zulhadi:
TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI.

Demam Panas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

Selesema
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Penyakit Kulit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Sakit Kepala
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

Sakit Sendi
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sakit Mata
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

Buta Seluang 
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

Sakit Mata Sebab Sihir 
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

Tahi Mata Berlebihan
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

Mata Dimasuki Benda
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

Sakit Perut
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

Batuk
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Bisa
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

Sesak Nafas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

Dada Berdebar-Debar
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

Sakit Gigi Biasa
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

Kencing Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

Cirit-Birit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut
(Sumber rujukan darussyifa malaysia)

Sunday, 13 August 2017

Nasi serai

Nasi Serai. Serius memang sedap.
Mari saya kongsikan resipinya. 😉

Admin pernah makan masa kenduri menyambut menantu akak admin di felda pengeli dulu, terkejut! Tapi sumpah sedap gila!!!!

Bahan2nya....

4 cwn beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3  sudu minyak sapi.

Cara memasak
1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.
Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.

P/s.... Nasi ni boleh di makan dgn Daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.

Saya makan dgn Daging Masak Palembang. Resipi daging masak palembang ada saya share di wall saya.

Selamat mencuba. 😉

📸 Berminat viralkan biz anda? PM admin🌹

* Share dan tag kwn2

Daging bakar

Resepi daging bakar perap bersama sos pedas thai sedap dan power!

Resepi ini telah dikongsikan oleh sis mrs.mamacz!

(Daging perap)
sos tiram/kicap manis/sos ikan/serbuk blackpeper/
perap sekurang2nya sejam .
kakton suka goreng dengan sedikit minyak dulu sebelum bakar bagi lembutkan daging  , goreng sampai masak isi lepastu bakar .

(Sos pencicah)

Sos maepranom(sos ayam thai)
cili serbuk thai
sos ikan
asam limau nipis sebiji
gula 1 sudu
bawang besar hiris
daun ketumbar hrini kakton guna daun sup

Bahaya waktu malam

BERITA PENTING UNTUK KAKI GYM ATAU YG BERSUKAN WAKTU MALAM SPT MAIN FUTSAL

Slps workout... Bdn kita memerlukan atleast 3jam tuk recover smula... Skrg dh rmai yg mninggal smsa tdr slps workout d wktu mlm.. Sbb heart attack.. Sbb bila kita pas workout. Suddenly kita tdr sbb pnt... Organ lain dh tdr. Otak sel2 dlm bdn.. Tp jntung msih activ mgepam drh... Tuk recover oksigen yg hilang dlm drh.. Jd berlaku campuran drh oksigen dan karbon dioksida.. Myebabkan individual tersebut boleh mati lemas ketika tdr.. Atau terkena serangan jantung..*

International health support :-

*pningkatan kes kematian.. Lemas atau serangan jntung smsa tdr.. Bg yg activ workout d wktu mlm.. Kes biasa blaku pd individual yg end workout 10pm and above.. Going home n sleep bcause tired..*

Share dgn kwn2 if u love them

Maksud lepas exercise malam jangan terus tidur, rest sekurangnya 2 ke 3 jam baru tidur
-international health support*

So be careful guys!!

Sila tag kepada rakan anda y selalu workout pada waktu mlm.smoga info ini amat berguna Utk semua

Tauhu


BERBALOI-BALOI BUAT SENDIRI,CUMA GUNA 3 BAHAN JE DAH BOLEH DAPAT SEHINGGA 64 BIJI, INI CARA MACAM MANA NAK BUAT TAUHU ‘HOMEMADE’,MEMANG SAMA MACAM BELI KAT PASAr

Berbaloi-baloi Buat Sendiri,Cuma Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Sehingga 64 Biji, Ini Cara Macam Mana Nak Buat Tauhu ‘Homemade’| Selalunya kalau nak masak apa-apa, kita mesti beli bahan dekat pasaraya yang mana ia akan jadi rutin kita setiap minggu, untuk menambah barang-barang yang berkurangd ekat dapur.

Bukan itu saja, sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yangd ah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan.

KAEDAH PALING SENANG DAN CEPAT UNTUK MERAWAT PELBAGAI JENIS PENYAKIT KULIT SEPERTI PSORIASIS,EKZEMA,RUAM PADA BAYI,KURAP,DEMAM CAMPAK DAN PELBAGAI JENIS LAGI PENYAKit 

Cara Buat Tauhu Homemade

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyk bila diperah

Singkatan

*ULANGKAJI*
😛😛😛😛

*FED (M)*

- *F*ederal *E*stablishment *D*ocument  (*M*ilitary c)
FED (M)@Dokumen Kawalan Keselamatan Negara (Tentera)

*DEMS*
- *D*efence *E*lectronic *M*essaging *S*ystem

*HRMIS*
- *H*uman *R*esources *M*anagement *I*nformation *S*ystem

*FSMO*
- *F*ield *S*ervice *M*arching *O*rder

*FAMTO*
- *F*irst *A*id *M*otor *T*ransport *O*utfit

*MESS*
- *M*ilitary *E*ntertainment *S*ocial and *S*ocialist

*R&C*
- *R*ecover *A*nd *C*ontra

*SFS*
- *S*ituational *F*orce *S*coring

*CIV*(Jemaah Pemeriksaan Pakar)
- *C*entralised *I*nspection of *V*ehicle

- *C*hief *I*nspectorate *V*ehicle

*UKKI*
- *U*jian *K*elayakan *K*emahiran *I*ndividu

*UKT*
- *U*jian *K*ecergasan *T*empur

*UKA*
- *U*jian *K*ecergasan *A*sas

*UJL*
- *U*jian *J*alan *L*aju

*TAPAT*
- *T*abung *P*injaman *A*kademik *P*engajian tinggi *A*ngkatan *T*entera

*SSM*
- *S*istem *S*araan *M*alaysia

*SPPAT*
- *S*kim *P*injaman *P*engajian *A*nak *T*entera

*PPAT*
- *P*eraturan - *P*eraturan *A*ngkatan *T*entera
-*P*usat *P*erubatan *A*ngkatan *T*entera

*PMAT*
- *P*erintah *M*ajlis *A*ngkatan *T*entera

*BMI*
- *B*ody *M*ass *I*ndex

*AKSPA*
- *A*ssisten *K*etua *S*taf *P*erkhidmatan *A*nggota

*KEW PA*
- *Kew*angan *P*erolehan dan *A*set

a. *_KEW PA 1_*
Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan

b. *_KEW PA 2_*
Daftar Harta Modal

c. *_KEW PA 3_*
Daftar Aset Nilai Rendah

d. *_KEW PA 4_*
Senarai Daftar Harta Modal

e. *_KEW PA 5_*
Senarai Daftar Barang Nilai Rendah

f. *_KEW PA 6_*
Pegerakan Harta Modal

g. *_KEW PA 7_*
Senarai aset alih kerajaan

h. *_KEW PA 8_*
Laporan tahunan harta modal dan barang nilai rendah

I.  *_KEW PA 9_*
Borang Aduan Kerosakan Aset Alih kerajaan

j.  *_KEW PA 10_*
Pemeriksaan harta modal

k. *_KEW PA 11_*
Pemeriksaan barang nilai rendah

l. *_KEW PA 12_*
Sijil pemeriksaan tahunan

m. *_KEW PA 13_*
Senarai harta modal yang diselenggara

n. *_KEW PA 14_*
Rekod penyelenggaraan

o. *_KEW PA 15_*
Pelantikan peg pelupusan

p. *_KEW PA 16_*
Sijil TEB

q. *_KEW PA 17_*
Senarai barang pelupusan

r. *_KEW PA 18_*
Sijil penyaksian pelupusan

s. *_KEW PA 19_*
Sijil pelupusan

t. *_KEW PA 20_*
Laporan pelupusan

u. *_KEW PA 21_*
Kenyataan tawaran tender aset kerajaan

v. *_KEW PA 22_*
Borang tender aset kerajaan

w. *_KEW PA 23_*
Jadual tender pelupusan aset kerajaan

x. *_KEW PA 24_*
Kenyataannya tawaran sebut harga

y. *_KEW PA 25_*
Borang sebutharga aset kerajaan

z. *_KEW PA 26_*
Jadual sebutharga pelupusan aset kerajaan

aa. *_KEW PA 27_*
Kenyataan jualan lelong aset kerajaan

ab. *_KEW PA 28_*
Laporan awal kehilangan aset kerajaan

ac. *_KEW PA 29_*
Perlantikan ydp kehilangan

ad. *_KEW PA 30_*
Laporan akhir kehilangan

ae. *_KEW PA 31_*
Sijil hapus kira

af. *_KEW PA 32_*
Laporan tindakan surcaj

ag. *_KEW PA 33_*
Laporan kehilangan aset kerajaan

*CMAP*
- *C*ombat *M*ilitary *A*ppreciation *P*rocess

*IMAP*
- *I*ndividual *M*ilitary *A*ppreciation *P*rocess

*SMAP*
- *S*taff *M*ilitary *A*ppreciation *P*rocess

Tuesday, 8 August 2017

Minta murah rezeki

Skip to content

Katak Pisang

Informasi Terkini

Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Tak Pernah HABIS !!

August 7, 2017 fruuoogg ilmiahMenarik

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki

Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH…..

Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu.

Biar sedikit tetapi istiqamah.

Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal.Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.