Monday, 31 December 2018

Sambutan Malam Tahun Baru Masihi

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Saudara-saudaraku, jauhilah perayaan malam tahun baru. Malam 1 Januari adalah malam paling banyak maksiat yang justeru dilakukan oleh umat Muhammad صلى الله عليه وسلم di muka bumi. Malam itu boleh kita namakan malam kegelapan dosa di muka bumi.”

[Sulthonul Qulub Habib Munzir Bin Fuad Al-Musawa ‎رحمه الله تعالى]

Friday, 28 December 2018

MIB insurant

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
.
.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
.
.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910          

Peringatan -  kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

Perkongsian kita bersama

#Bestdealmalaysia
#Jgncakapabgtakpayung

Keluaran Melayu

Meka dah mula panas...  Teruskn memboikot... Kuasa beli di tgn kita.. 

Makanan TAHNIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA
SOKONG BARANG  MELAYU (ISLAM)

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA)
6. Susu Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart
      (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faiza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1 (Razbiana Industries)
48. Zby Galeri Dinamik
49. Produk ZUZA
50. Bihun ikhwan
51. Mee kuning Ikhwan
52. Kuetiau Ikhwan
52. Agar-agar Ikhwan
53. Sos Cili ikhwan
54. Sos Tomato ikhwan
55. Sos Tiram ikhwan
56. Air Mineral Ikhwan
57.Ubat Gigi Ikhwan
58. Fishball ikhwan
59. Fishcake Ikhwan
60. Roti Ikhwan (aneka roti)
61. Donat Ikhwan
62. Soya Ikhwan
63. Minuman berkabonat Ikhwan
64. Air mineral Ikhwan
65. Sabun Ikhwan
66. Coklat Ikhwan
67. Biskut Jari Ikhwan
68. Taugeh Ikhwan
69. Keropok lekor
70. Tauhu Ikhwan
71. Roti canai segera ikhwan
72. Ayam masyriq/AGI
73. Ubat gigi mukmin

Kalau pembekal x mau turun harga. Kita beli saja brgan Melayu. Kita buat mcm selepas 13 Mei 1969...keluh kesah taukeh2 Cina bila brgan depa di pulaukan..

KEMPEN TURUN HARGA...
Melayu ada minyak masak sendiri, kenapa beli minyak masak cina? - LIKE
Ayam halalan toyyibaa...
1. Ayam Hijrah
2. Ayam Az- zain
3. Ayam-Qu sejuk beku
4. Ayam Ikhwan

Sokong minyak masak Melayu
1. Saji -Felda
2. Tiara -Felda
3. Alif -SimeDarby
4. Olife -SimeDarby
5. Adela Sunflower/Canola - Felda
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Tak payah beli minyak masak Cina :
1. Seri Murni Cina
2. Buruh Cina
3. VeSawit Cina
4. VeSoya Cina
5. VeCorn Cina
6. Knife Cina
7. Naturel Cina
8. Daisy Cina
9. Fan Cina
10. Red Eagle Cina
11. Neptune Cina
12. Krystal Cina

Jom kita sama2 bantu SHARE sebab ramai orang Melayu yang masih tak tau produk mereka sendiri dan masih membeli minyak buatan cina.. ini bukan rasict ini jihad ekonomi..

walaupun dah banyak kali terima, tapi rasanya perlu FWD lagi.. sebab Melayu mudah LUPA...
JIHAD EKONOMI.. ALLAHU AKBAR.

Thursday, 27 December 2018

Sejarah islam di tanah melayu

Dah lama tau.. Islam telah dibawa ke nusantara dari para sahabat Rasulullah s.a.w sendiri melalui usaha dakwah secara besar2an malah sejak Rasulullah s.a.w masih hidup.  Yg brminat boleh mgkaji lebih mendalam mengenai fakta2 berikut:
1. Pada tahun 627 M satu rombongan sahabat2 Nabi S.A.W diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah r.a. tlh mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah).
(kitab ‘Wali Songo dgn pekebangn Islam diNusantara’, oleh hj Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79,Bab 9, ISBN 983-99852-8-0)
2. Jamaah Dakwah Ali bin Abi Thalib r.a. dtg dan bdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda),tahun 625 M. Pjalanan dakwah dilanjutkan ke kwsn Nusantara,melalui: Timor Leste, Brunei Darussalam, Sulu, Filipina,Malaysia,Singapura, Thailand,Vietnam, Laos, Myanmar, Kamboja.
(Sumber:H.Zainal Abidin Ahmad,Ilmu politik. Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang,Bulan Bintang, 1979; HabibBahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q.Fatini, Islam Comes to
Malaysia,Singapura: M. S. R.I.,1963, hal. 39).
3. Jamaah Dakwah Ja'far bin Abi Thalib r.a. berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga,Jawa Tengah (JawaDwipa), sekitar tahun 626
M/ 4 H. (Habib BahruddinAzmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.33)
4. Jamaah Dakwah Ubay bin Ka'ab r.a. berdakwah
di Sumatera Barat,kemudian kembali ke Madinah,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber:Habib Bahruddin Azmatkhan,Qishshatud Dakwah Fii
Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.35)
5. Jamaah Dakwah Abdullah bin Mas'ud r.a. bedakwah di Aceh dan kembali ke Madinah. Thn 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E.Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago)
6. Jamaah Dakwah Abdurrahman bin Mu'adz bin Jabal r.a. dan putera-puteranya Mahmud dan
Isma'il , berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. Sekitartahun 625M/ 4 H.(Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud
Dakwah Fii Arahbiliyyah
(Nusantara),1929, h.38)
7. Jamaah Dakwah Ukasyah bin Muhsin Al-Usdi r.a. berdakwah di Palembang, Sumatera
Selatan dan sebelum Rasulullah Saw wafat, beliau kembali ke Madinah. skitar 623 M/ 2 H.
(Sumber: Habib Bahruddin
Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929, h.39; Pangeran Gajahnata,Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M.Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929; T. W. Arnold, The Preaching of Islam,1968)
8. Jamaah Dakwah Salman Al-Farisi r.a.
berdakwah Ke Perlak, Aceh Timur dan Kembali Ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H.  (Sumber: HabibBahruddin Azmatkhan,Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39)
9. 2 surat sri indrawarman (raja srivijaya kpd 2 khalifah muawiya dan umar abdul aziz meminta dihantar guru agama utk mengajar di nusantara bsama beberapa barangn sbg hadiah. Pusat srivijaya ktika itu di sumatera.surat mnyatakan sri indrawarman membahasakan diri sbg saudara seislam kpd khalifah malah khalifah terkejut apabila mndapat tahu islam telah smpai awal di nusantara dr zmn Rasulullah s.a.w masih hidup. *2 surat trsebut dikatakan disimpan di topkapi palace, turki dan satu lg di museum di spain (maaf saya lupa nama museum scara spesifik kena semak blik)
10. Penemuan batu nisan dgn nama rukunuddin bertarikh 48H (bermakna org trsebut hidup di zmn Rasulullah juga masih hidup)
11. Bukti batu nisan cucu muaz bin jabal di barus, sumatera (rakyat sumatera sbenarnya tak suka menghebohkan hal ni demi menjaga/memelihara kubur sbg warisan dan tidak mahu ada penyelewengan ke atas agama brlaku)

Wednesday, 26 December 2018

Sempurnakan Solat

*ULANGKAJI MENGAJI*

*SEMPURNAKAH SOLAT KITA*

*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*

*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*

*Rukun solat ada 13*

1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada *3 bahagian*

I. *Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. *Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. *Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

*Kesalahan* Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat

1. Tidak *Takbir* ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca *Al Fatihah secara LAFAZ*

3. Tidak membaca *Tahiyat Akhir secara LAFAZ*

4. Tidak membaca *selawat secara lafaz di rakaat terakhir*

5. Tidak memberikan *salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

Apa Maksud *“Menyebut Dan Melafaz” ?*

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*

1. Semasa *Takbiratul Ihram*

2. Semasa membaca *Al Fatihah*

3. Semasa *Tahiyat Akhir*

4. Semasa membaca *selawat pada rakaat terakhir*

5. Semasa lafaz *salam*

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun*

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

Monday, 17 December 2018

Ucapan takziah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah     
. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي
... utk arwah. Semoga arwah berbahgia dialam sana.

Wednesday, 12 December 2018

Jemaah masjid

*11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID/SURAU*

Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- *Rasulullah berpesan:* "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- *Rasulullah bersabda:* "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- *Rasulullah bersabda:* "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- *Rasulullah bersabda:* "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- *Rasulullah bersabda:* "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- *Rasulullah bersabda:* "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- *Rasulullah bersabda:* "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- *Rasulullah bersabda:* "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9. *Rasulullah bersabda:* "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid  ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- *Rasulullah berasabda:* "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- *Allah berfirman:* "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

*SILA SHARE DAN SEBARKAN*

Sunday, 9 December 2018

Rawatan strok dengan Al-Quran

Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Tuesday, 4 December 2018

Sunnah Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)