Thursday, 17 October 2019

Be le

*Ulangkaji Hari Ini (UHI) 56/17*

*DEFINISI KOD DARJAH KERJA TATADEMMOT (DKT)*

Rujuk:

A. Armed Forces Medical Administration And Technical Instruction (AFMATI) 2011.

1. Anggapan yang mengatakan Anggota perkhidmatan yang mempunyai kategori DKT BE/LE tidak boleh membuat beberapa jenis tugas seperti pengawal, latihan fizikal dan lain-lain dengan alasan mereka BE/ LE adalah tidak benar.

2. Berikut adalah definasi Kod DKT sebagai panduan:

a. *FE (Forward Everywhere)*. Boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di mana-mana bahagian di dunia.

b. *BE (Base Everywhere)*. Guna tenaga di dalam kawasan pangkalan (base) di mana bahagian-bahagian di Malaysia.Ini bagi memudahkan anggota dalam kategori ini mendapatkan rawatan secara berterusan dan teratur yang kebiasaannya tidak terdapat di kawasan hadapan (foward/frontline).

c. *LE (Line Of Communication Everywhere)*. Boleh bertugas di mana-mana kawasan di antara pangkalan dengan kawasan hadapan di mana-mana bahagian di Malaysia. Mereka juga boleh ditugaskan di pangkalan. Dalam keadaan tertentu, mereka juga mungkin boleh bertugas di kawasan hadapan atau zon pertempuran di dalam apa-apa peranan yang tidak melibatkan pertempuran secara terus.

d. *NIL (Under Medical Care)*. Tidak boleh/layak bertugas untuk sementara waktu iaitu sementara menjalani rawatan perubatan. Mereka akan diberi cuti sakit oleh Lembaga Perubatan (maksimum 18 bulan) semasa menjalani rawatan.

e. *UNFIT (Unfit for Service)*. Tidak layak untuk terus berkhidmat atas sebab perubatan oleh Lembaga Perubatan dan mereka perlu ditamatkan perkhidmatan.

3. *Pengehadan Di Dalam Penugasan*.

a. Anggota dalam kategori BE adalah layak untuk membuat tugas di pangkalan asal sahaja manakala anggota di dalam kategori LE boleh membuat tugas sama ada di pangkalan atau di kawasan antara pangkalan dengan kawasan hadapan. Pegawai perubatan bertanggungjawab menasihatkan Pegawai Memerintah/Pemerintah berkaitan jenis-jenis tugas yang sesuai dilaksanakan oleh anggota BE/LE.

b. Lembaga Perubatan boleh menambah sebarang pengehadan ke atas aktiviti atau tugas yang bertujuan menentukan anggota akan pulih daripada kecederaan atau penyakit atau diperlukan akibat kurang upaya.  Pengehadan ini seboleh-bolehnya hendaklah dinyatakan secara khusus dan bukan di dalam bentuk yang terlalu am.

c. Pengehadan tugas hendaklah direkodkan di dalam Dokumen Lembaga Perubatan (BAT F 19) dan juga di dalam borang keputusan Lembaga Perubatan (BAT F 524).

*Tim UHI Cawang Tadbir*

24 Jul 17