Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.
Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.
Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.
Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.
Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
Sunday, 1 March 2015
Titanic
Thursday, 26 February 2015
Panas
Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut
22 Februari 2015 1:35 AM
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.
Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093#sthash.8K8H27R9.dpuf
Petua
Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........
****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi untuk manfaat bersama....
Sunday, 25 January 2015
Fikir-fikirkan lah
Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...
Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..
Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."
Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."
KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang BERSYUKUR".
"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI".............
BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.....
......
Jom muhasabah
Tuesday, 23 December 2014
Air kosong
Air mineral adalah minuman yang boleh menyembuhkan hampir semua masalah kesihatan anda. Kerana air putih merupakan cairan yang sangat mudah diserap oleh tubuh. Itulah sebabnya minum air kosong saat perut anda kosong (terutamanya selepas bangun dari tidur) mampu memberikan manfaat besar untuk kesihatan tubuh anda secara menyeluruh.
Menurut beberapa kajian kesihatan, waktu pagi adalah waktu yang normal untuk membuang air besar. Namun, jika anda merasa sebarang kesulitan, perbanyakkan meminum air kosong saat anda bangun tidur. Ini adalah kerana air kosong akan mendorang pengeluaran semua kotoran dalam badan anda.
Air kosong yang anda minum berfungsi untuk mengeluarkan racun dan toksin dari dalam badan anda. Hal ini akan menjadi lebih mujarab jika anda meminum air kosong disaat perut anda masih belum terisi.
Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Namun ada kalanya, anda tidak akan merasa lapar di pagi hari. Penyelesaiannya? Minumlah air kosong selepas anda bangun dari tidur. Kerana ianya akan membuatkan anda merasa lapar di pagi hari.
Sering sakit kepala ketika bangun dari tidur? Itu mungkin tanda dehidrasi. Segeralah meminum air kosong untuk meredakannya.
Usus anda juga perlu dibersihkan. Dan cara yang paling efektif adalah dengan meminum air kosong seawal yang mungkin di pagi hari.
Minum air kosong, terutama air suam di pagi hari bermanfaat untuk meningkatkan sistem metabolisma. Hal ini bermaksud tubuh anda memiliki kemampuan untuk menyerap dan mencerna makanan dengan lebih cepat, sehingga tidak akan mengakibatkan kegemukan.
Minum air kosong disaat perut kosong mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah lebih cepat. Hasilnya? Anda akan menjadi lebih bertenaga.
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, hal pertama yang anda harus lakukan adalah dengan meminum banyak air kosong di pagi hari. Selain meningkatkan metabolisma, ianya juga boleh mengeluarkan lemak.
Tahukah anda, salah satu rahsia untuk memiliki kulit cerah, bersih dan bersinar adalah dengan meminum air kosong? Hal ini terjadi keranan proses detoksifikasi mampu membersihkan jerawat dan lemak di kulit anda.
Minum air kosong di pagi hari juga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Hasilnya, anda akan terhindar dari pelbagai jenis jangkitan penyakit.
Tuesday, 16 December 2014
Kawal nafsu jahat
● CARA NAK KAWAL NAFSU.. "Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat perkara yang buruk atau haram sentuhlah dada dan sebut انّي أخاف الله "INNI AKHAFULLAH" (Sesungguhnya aku takut Allah) SHARE kepada yang lain biar semua tahu.. Sharing is jariah.. "Janganlah kita Menyeksa Malaikat Kiri melakukan kerja tanpa Henti sedangkan Malaikat Kanan menganggur tak ada Kerja" ~Ustaz Azhar Idrus~ Benda pelik2 korang post ?? Sampai time bab agama sume tekan button back !
Saturday, 13 December 2014
Awas camera intip
bagaimana nk pastikan tiada kamera tersembunyi dlm bilik hotel/homestay?
怎麽知道房間有沒有針孔攝影機?
semasa menginap di hotel/homestay, mcm mana kita nk tau xde lubang kecil utk kamera tersembunyi?
旅遊、出差要入住酒店,但妳不知道妳可能不知不覺的被偷拍了
semasa bercuti atau urusan kerja, pernah terpikir tak semasa menginap di hotel/homestay gerak geri kita diperhatikan dan dirakam?
提醒大家:住酒店一定要用如下這種方法去檢查一下。
PERINGATAN UTK.SEMUA!!! semasa mnginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan kaedah2 ini utk memastikan tiada kamera tersembunyi dlm bilik anda :
進房後把燈關了,把窗簾拉上,
setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.pastikan bilik dlm keadaan segelap yg boleh.
打開手機照相,別開閃光燈,
ON kan camera phone anda tetapi jgn ON flash camera.
用手機繞著房間轉一圈,發現紅點就是表示房間裝有針孔攝影機,沒有紅點就是沒有裝置針孔攝影機。
pusing sekitar bilik anda dgn phone ditangan, sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH, ITU BERMAKNA ADA KAMERA TERSEMBUNYI DIPASANG DLM BILIK TERSEBUT.pastikan ianya betul2 kamera dan buat laporan polis. sekiranya tiada dot/titik merah itu bermakna bilik anda selamat.
請將此資訊轉傳給你經常旅遊、出差的朋友們!
hantar dan kongsilah peringatan ini kpd sesiapa shj yg akan/selalu melancong/urusan kerja.