Saturday, 22 April 2017

Sakit badan

*INFO BERGUNA*
••••••••••••••••••••••

*SAKIT DI BAHAGIAN BAHU*
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN*
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

*SAKIT TAPAK KAKI*
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI*
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA*
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA*
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* . _Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

*KERAP KENCING*
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR*
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK*
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT*
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH*
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

*CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

*BADAN*
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

● Proses menyeimbangkan urat saraf.

● Menandakan luka di dalam badan.

● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH*  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS*
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN*
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH*
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT*
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.

Share...  disimpan juga tak ada gunanya, lbh baik  bantu di share... Selamatkan  nyawa sahabat kita.TQ

Sombong

Muhasabah diri :

26 SIFAT SOMBONG UNTUK MUHASABAH DIRI

Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Ada Pada Diri Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat.

Friday, 14 April 2017

Pencen anggota tentera

Pencen Anggota Tentera Mengikut Perspektif Perundangan

Kumpulan Pengkaji:

1.  Mej Jen Dato'  (Bersara) Muslim Ayob TUDM

2.  Mej Jen Dato'  (Bersara)
Mohd Noh Mohd Said TUDM

3.  Brig Jen Dato' (Bersara) Abdullah Muhamad TUDM

4.  Lt Kol (Bersara) Jalil Ithnin. TUDM

5.  Mej Jen Dato' (Bersara) Zainuddin Che Din TUDM

6.  Mej Mior Rosli Mior Mohd Jaafar

7.  Brig Jen Dato' (Bersara) Adnan Ali TD  - Wakil RAFOC

Perundangan

1.  Perlembagaan
2.  AKTA Angkatan Tentera
3.  Kuasa Majlis Angkatan Tentera
4.  AKTA Pencen 1980

1.  PERLEMBAGAAN

    Fakta  #1.  Artikel 41
     -  Perlembagaan
   
     Fakta  #2.  Artikel   
    137 - Perlembagaan
   
    Fakta. #3.  AKTA 
    Angkatan Tentera 72
    Seksyen 187

    Fakta. #4. AKTA
    1980

    PROVISO
   Fakta.  #5. PAA 1980 Seksyen 3 (2)

    Fakta.  #6 - Perlindungan

Simpulan Enam Fakta
Artikel 41
Artikel 132
Artikel 137
AKTA 72
AKTA Pencen & Penyelarasan 1980
(AKTA 227 & 238)
Artikel 147 - Perlindungan

ATM  tidak sama dengan Perkhidmatan Awam. Pelarasan Gaji & Pencen hendaklah ditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera bukannya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam

PV TUDM mencadangkan MAT menyemak semula Sekim Gaji & Pencen anggota ATM berlandaskan perlembagaan & berpandukan AKTA AKTA serta peraturanx yang sedia ada.

Antara resolusi yang digugurkan.

1.  Semua Veteran/Bekas Tentera diterima secara atomatik menjadi ahli PVATM

2.  Veteran diberi keistimewaan khas untuk memasuki Kem Tantera iaitu tanpa mengambil Pas

3.  JHEV diminta memaklumkan keputusan permohonan elaun sara hidup bulanan kpd persatuan yang menaja permohonan

4.  JHEV diminta memaklumkan secara resmi  kpd Veteran sebabx adakalanya pemberian sara hidup diberhentikan dimana cawangan JHEV perlu turun padang

Perkara yang disokong utk diangkat

1.  Permohonan Bekas Tentera British diberi Bantuan Kewangan

2.  Elaun Khas Bulanan bekas tenteta tidak berpencen mulai umur 60 tahun.

3.  Memberi kad bersara kpd Bekas Tentera yg diberhentikan dibawah para untuk membolehkan mereka mendapat rawatan perubatan percuma

4.  Diwujudkan geran tahunan bagi membantu Veteran yang melaksanakan perniagaan ( pinjaman Tanpa faedah)

5.  Pemberian subsidi khas kpd pemegang kad veteran utk membeli barang keperluan di Pasaraya. Diberikan keistimewaan yg sama dgn keistimewaan yg diberikan kpd warga emas.

Tolong simpan artikal ini rujukan kita di kemudian hari kerana ini adalah dari persidangan meja bulat veteran tentera malaysia

Hasil rundingan meja bulat jhev & pvatm.

Sesiapa yang memerlukan bantuan seperti Wheelchair, kaki palsu, tangan palsu, alat bantuan pendengaran, katil khas utk yg lumpuh dan stroke sila hubungi nombor yang tertera di bawah..

TIADA bayaran dikenakan, khidmat kami adalah percuma.

*✅PAHLAWAN TUNTUT PELARASAN PENCEN...*

🤓mengapa dan kenapa pahlawan buat tuntutan selaraskan pencen dan tidak melibatkan bajet kerajaan
jangan samakan kwsp dgn ltat.
kwap yg bertanggongjawab
hal2 kewangan pesara tentera.

duit veteran tersimpan skrg lebih kurang  RM85,000,000,000 billion
×25% keutungan simpanan yg bank bagi
=21,250,000,000 billion jumlah keuntugan setahun

Duit veteran tersimpan skrg lebih kurang  RM85,000,000,000 billion
×25% keutungan pelaburan yg bank bagi
=21,250,000,000 billion jumlah keuntungan setahun

Persara veteran   160,000
Pencen veteran ×     3,500 sebulan
Jumlah sebulan  =560,000,000

Jumlah bayaran sebulan rm560,000,000 juta
Bayaran satu tahun          ×  12 bulan
Jumlah byran setahun =RM 6,720,000,000b

Itu klu semua yg pencen pangkat pw 1
Seramai 160 ribu orang di bayar baru 6.720b jadi setiap tahun keuntungan duit simpanan kita selalu untuk.... kerajaan tak perlu keluar duit untuk jaga kebajikan veteran atm dengan duit persara saja veteran atm bolih menjaga semua veteran atm yg tidak berpencen pun.... adakah anda faham semua ini.... jika anda tidak faham saya bolih bagi percerahan.....

Veteran yg tak pencen     350,000 ribu org
Setahun bayaran          × rm 6,000
Jumlah byran setahun = rm2,100,000,000
Semuanya sy ambil angka yg besar... bertujuan bertanpa banyaknya duit kita

Bayaran pencen rm 6,720,000,000 billion
Byr sara hidup + rm 2,100,000,000 billion
Jumlah byr 1 thn =rm 8,820,000,000 billion

Keuntugan perlaburan  Rm21,250,000,000b setahun
Byr pencen& xpencen -Rm 8,820,000,000b
Simpanan LTAT(KWAP)= Rm12,430,000,000b setahun..

Nak bagi pecerahan kepada mereka2 yg tidak tahu macam mana kita ada duit yg dgn kadar rengkasnya supaya mereka faham... kebajikan kita tak perlu kerajaan jaga seumur hidup kita... yg jaga kita adalah duit kita sendiri yg tersimpan.... orang2 lama yg sudah meninggal dunia dia orang tidak ambil duit tersebut.... dia tinggalkan dlm LTAT...
Sbb itu KWAP Tidak jawab pertanyaan kita

------------------------------------------
Apa itu Tuntutan 5 Perkara (T5P):

Tuntutan 5 Perkara (T5P) oleh seketeriat PAHLAWAN adalah : menuntut kenaikan pencen Veteran Tentera (VT) sesuai dengan pelarasan gaji baru anggota ATM (bermula 01 July 2016) yg sedang berkhidmat Dan mengkaji semula kebajikan Veteran Tentera (VT) yg berhenti awal dan VTHU (Veteran Tentera Hilang Upaya)

1. Menuntut kenaikan pencen Veteran Tentera (VT) bersandarkan GAJI SEMASA anggota tentera. Pelarasan pencen utk Veteran Tentera (VT) yg bersara  sebelum 01/01/2013

2. BANTUAN SARA HIDUP (BSH) tahunan sebanyak RM6,000 setiap tahun kpd setiap Veteran Tentera (VT):

2.1 Tentera Darat yang berhenti 10th 13th 15th 18th
2.2. TUDM  (sama para 1
2.3. TLDM (sama para 1)
2.4 Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP)
2.5. PSTD Rasscom
2.6.PSTD pulau bidong
2.7.PSTD lebuh raya timur barat
2.8. PSTD kerahan
2.9. PSTD badan kesenian tentera darat (BKTD)
2.10. PSTD kerahan kpa
2.11. PSTL kerahan
2.12. PSTU kerahan

3. Hak mewariskan pencen kpd isteri yg di nikahi selepas perkhidmatan,  utk sepanjang hayat balu. Bukan seperti yg di amalkan skg yg menghadkan bayaran pencen waris hanya berlaku selama 20 tahun dari tarikh Veteran Tentera (VT) mulai pencen

4. Menuntut kerajaan memenuhi janji tentang pemberian tanah & lot tapak rumah kpd Veteran Tentera (VT) sebagaimana termaktub dlm Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 (PMAT 73)

5. Menuntut Kenaikan Pencen seperti Perkara 1. Pencen Hilang Upaya (PHU) sebanyak RM1,500 / sebulan / sepanjang hayat dan one-off ex-gratia RM300,000 untuk semua Veteran Tentera Perang Hilang Upaya (VTHU Perang) tanpa mengira tahun akhir perkhidmatan.

Pertanyaan whatsapp / tel
013 399 3093
E-mail : glomas.medic@gmail.com

Tolong Share kat Group lain supaya kita dapat bantu org yg memerlukan..

Tuesday, 11 April 2017

Doa penguat zakar

Doa Penguat Zakar  

Doa ini dibacai jika lemah Zakar.

Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu ketika hendak jimak (bersetubuh) niscaya jadi kuat bersetubuh InsyaAllah. Tapi jika dah kuat, usah dibaca nanti tak tahan pula isteri, lari malam pula.

Inilah Doanya.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na'uzubika tam mah, warruhi, wad dami, walahmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

Selamat berjimak. Utk isteri yg sah saja. Dilarang utk digunakan kpd swasta.

ilmu harus dikongsi,
bukan utk disimpan ✌🏽

Kelebihan hidung

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.

Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.

Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?

Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.

Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.

Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Silakan di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dan lain-lain

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir https://goo.gl/JOot0O

Monday, 27 March 2017

Ramuan herba

Bahan-Bahan: Halia Serai Kunyit Manjakani Kuantiti, saya agak-agak saja setiap kali buat.Tetapi halia kena banyak dari serai. Untuk dalam gambar, halia dalam 3 inci, 4 ketul. Serai 4 batang, kunyit 1 inci, manjakani 5 biji. Tumbuh separuh hancur. Manjakani tak perlulah ditumbuk. Tutup dan rebus dengan api yang kecil dalam tempoh sejam sampai air dah menjadi pekat. Minum pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Nak sedap? Campurlah dengan madu sesudu kecil. Balance, simpanlah dalam peti ais.

Sunday, 26 March 2017

Nk kurus

Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.
Sarapan pagi – tiga biji telur setiap pagi
Makan tengah hari – Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je)
Makan malam (sebelum 7 petang) – Sup sayur hijau, ayam atau daging
Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan. Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan.