Cafe Abang Yes,
Candi Gold,
Candy 193,
Extend Up Energy Drink,
Extremen,
Extrewomen,
Goji Guarana,
Goji Guarana Extra,
Goji More,
Goji Yumberry,
Guara Cafe,
HBW Ice Lemon Tea,
Hotton Vitality Candy,
Ie2 O,
King Cappucino,
Knight Cofee.
Kolek Cafe Power Plus,
Kopi Angguk,
Kopi Asmara,
Kopi Bagus AAA,
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
Kopi Pahlawan,
Kopi Super Angguk,
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
Maca Max,
Macagin Ginseng Candy,
Mentalk Candy,
Nexus MXP,
Night Cafe,
Red Energizer Candy For Men,
Royal Beverage Maqrifatun,
sasanergy Drink,
Trica Jus,
Tri-Max,
True SR,
vigor Candy,
Vitca-F,
Vitca-M,
Winnie Beauty V1,
XKL Sky Fruit Juice Premix.
Thursday, 25 May 2017
Kopi disenarai hitam
Monday, 22 May 2017
Zikir mudah mendapat rezeki
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah) Doa Menjemput Rezeki Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN. YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin. Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita. Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH..... Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istiqamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.
Wednesday, 17 May 2017
Takbir Raya
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
.....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_ ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║
Solawat keatas NABI MUHAMMAD SAW
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
PERINGATAN :-
KRISMAS HAMPIR TIBA
Muslim & Christian.
Christian :
Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim:
Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian:
Tapi kenapa? Bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kepada ku.
Muslim:
Mungkin mereka belum mengetahuinya. Kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa melayu pun tak mengapa.
Christian: Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim:
Kenapa? Bukankah ia hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah.
Christian:
Sekarang saya mengerti,
jadi Haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dalam Hadith Nabi:
" Barang Siapa Yang Meniru, Mengucapkan Selamat Kepada Agama Lain Bererti Ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya"
(HR.Bukhari Muslim)
❗Sebarkan sebelum terlambat. Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dengan Islam oleh kaum bukan muslim.
ANDA PASTI TERKEJUT Siapa yg mengucapkan Merry Christmas baca.
PERHATIAN :-
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap Merry Christmas, ini kerana ia bermaksud Sejahtera Keatas Tuhan Jesus ( NAUZUBILAH)
MOHON SEBARKAN SUPAYA UMAT ISLAM TAK MUDAH TERPESONG!!!
Sekadar perkongsian
Monday, 15 May 2017
Perut kempis lemak di bakar
Thursday, 27 April 2017
Kisah Tauladan
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu. Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus. Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga. Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya. Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga. Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah. Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti "Rijal" pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana'ah dan Allah limpahkan barakah. Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita. Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan. Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman. Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup. Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar "dengan orang lain" juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama. Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata. Semuanya dah terlambat. Sejak awal lagi kau salah kira. Sejak awal lagi kau terlibat riba. Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia. Sejak awal lagi kau makan semua benda. Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba. Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan.... Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa... Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya. Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir. Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat. Tapi tak... Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan. Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa? Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan? Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa! Ok, kita turun sikit.... Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid? Not biru memang selalu.... Tapi bukan RM50... RM1 je.... Tengok tu... Kedekut kan? Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib! Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT. Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik. Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka. Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti. Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak. Di luar sana, memang ramai orang "kaya". Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset. Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak. Kehidupan itu yang kau carik? Hingga tanggungjawab kau abai? Mak bapak kau hambakan? Anak-anak tidak diberi agama? Allahu... "Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka." Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya...