Monday, 31 July 2017

Tapai

RESEPI TAPAI PULUT
===================
Pemilik resepi : Puteri Aliaa Aleeya
Pemilik Video resepi : MieZah Mie

bahan
1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [besar duit 50 sen] - [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut

cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap.
2. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata.
3. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
5. Biarkan pulut betul-betul sejuk [dalam 2 - 3 jam] dalam suhu bilik.
6. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
7. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
8. Bersihkan dan lapkan daun.
9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
10. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
11. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.

NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.

like & share :)

Hilang lemak

Resepi Memikat Suami

Portal Resepi Kegemaran Anda

Uncategorized 

Lakukan 7 Gerakan Ini Selama 10 Minit Setiap Hari, 1 Bulan Kemudian Perubahan Mengejutkan Pada Tubuh Anda!

 July 18, 2017 resepi  0 Comments

Semua orang tahu bersukan itu perkara yang menyihatkan, tetapi bagaimana pula jika anda tiada masa untuk pergi ke gym?

Walaupun tiada peralatan fitness, bertenanglah, tak payah susah-susah dan bingung. Cukup sahaja dengan melakukan 7 gerakan sederhana berikut ini dalam 10 minit setiap hari, dijamin 1 bulan kemudian anda akan terkejut melihat hasilnya!

1. Plank: Tegakkan tubuh pada siku, lengan dan kaki depan.

Buatkan posisi agar punggung lurus sempurna tanpa menurunkan pinggang atau bahagian tubuh bawah terangkat.

Jika gerakannya betul, latihan ini bekerja pada bahagian perut, dan otot umum, seperti otot abs, otot lengan, punggung, dan otot paha anterior.

2. Push-ups: Dalam melakukan push-up bahagian punggung, belakang dan kaki harus tetap dalam garis lurus, Kemudian dorong diri sendiri dengan tangan ke atas. Kembali ke posisi awal menghadap lantai secara selari.

Hasilnya akan memberi kesan kepada dada, lengan, dan otot perut.

3. Kencangkan otot paha dan otot bawah: Regangkan kaki kiri dan lengan kanan secara lurus. Lalu perlahan-lahan bengkokkan mereka, dan sentuh siku kanan ke lutut kiri.

Luruskan lagi, kemudian ulangkan. Dapat mengukuhkan sebahagian besar otot punggung, pantat, dan pinggang.

4. Squats: Letakkan kaki selebar bahu, berdiri selebar seluruh kaki, punggung lurus, jongkok secara perlahan dan bangkit. Anda juga boleh membantu menjaga keseimbangan dengan meregangkan lengan ke depan.

Gerakan ini dapat menguatkan otot punggung, paha, dan pergelangan kaki.

5. Latihan untuk otot perut: Baring terlentang dengan lengan terentang di atas kepala dan lutut dibengkokkan. Perlahan angkat badan dan sentuh jari kaki. Kembali ke kedudukan permulaan.

Gerakan ini dapat menguatkan otot teras dan membakar lemak

6. Otot perut dan punggung: luruskan tubuh kamu dengan kedua-dua tangan, angkat satu kaki setinggi mungkin, turunkan tubuh bahagian atas tanpa mengangkat kedua-dua tumit dari lantai. Kembali ke kedudukan permulaan.

Gunanya untuk memperkuat otot pinggang, abs, dan pantat

7. Otot Pinggang: Berbaring telungkup di lantai dengan siku lengan dibengkokkan dan diletakkan di bawah kepala. Angkat tubuh bahagian atas, tahan kedudukan itu selama 1 saat. Rehat kembali ke kedudukan permulaan. Dan diulang beberapa kali. Gerakan ini boleh menguatkan otot tulang belakang.

Latihan dilakukan 6 hari seminggu, lakukan setiap hari sesuai dengan jadual berikut:

Minggu pertama: gerakan pertama selama 2 minit, rehat 10 saat; push-up selama 1 minit, rehat 10 saat; bahagian otot paha dan pantat dilakukan selama 1 minit, rehat 10 saat; gerakan squats jongkok 1 minit, rehat 10 saat; latihan otot perut 1 minit, rehat 10 saat; latihan otot perut dan pinggul selama 1 minit, rehat 10 saat; gerak pinggang selama 2 minit, rehat 10 saat.

Minggu kedua: gerakan pertama selama 3 minit, rehat 15 saat; push-up selama 3 minit, rehat 15 saat; bahagian otot paha dan pantat dilakukan selama 3 minit, rehat 15 saat; gerakan squats jongkok 3 minit, rehat 15 saat; latihan otot perut 3 minit, rehat 15 saat; latihan otot perut dan pinggul selama 3 minit, rehat 15 saat; gerak pinggang selama 3 minit, rehat 15 saat.

Minggu ketiga: Ulangi seperti minggu pertama

Minggu keempat: Ulangi seperti minggu kedua

Sila cuba dan lihat hasilnya 1 bulan kemudian ya! Kongsikan kepada kawan-kawan dan sahabat sekalian artikel berguna ini.

Sumber: Brightside

sumber : https://www.diaridunia.com/lakukan-7-gerakan-ini-selama-10-minit-setiap-hari-1-bulan-kemudian-perubahan-mengejutkan-pada-tubuh-anda/

 

← MINUMAN MURAH INI MAMPU KEMPISKAN PERUT DAN MENCUCI USUS ANDA..Puding roti susu versi tembikai  →

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *

Comment

Name *

Email *

Website

Recent Posts

Inilah 9 Cara Atasi Kulit Kering Bersisik4 Manfaat Kulit Kayu Manis Bantu Anda Kurangkan Berat BadanResipi Sardin Roll Sedap. Boleh Sejuk Bekukan & Nikmati Bila-Bila Masa.DIY Masker Oatmeal, Untuk Kulit Lembap & TegangInilah Bahaya Jika Badan Susah Nak Berpeluh

Recent Comments

A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

August 2017July 2017

Categories

Uncategorized

Meta

Log inEntries RSSComments RSSWordPress.org

Copyright © 2017 Resepi Memikat Suami. All rights reserved.
Theme: ColorMag by ThemeGrill. Powered byWordPress.

Soto ayam

RESEPI SOTO AYAM SAMBAL KICAP BERSAMA BEGEDIL KENTANG 😍😍😍😍

BAHAN-BAHAN

Nasi impit
Bawang goreng
Bergedil kentang
Kacang tanah
Suhun
Ayam ( direbus,dicarik dan digoreng)
Sambal kicap

SUP AYAM

2 biji bawang merah}  1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2inci ditumbuk halus,
6 ulas bawang putih}   selebihnya dipotong halus
4 inci halia
daun sup
Ayam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)
air rebusan ayam
sup bunjut
kiub pati ayam

1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.

2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. masukkan kiub ayam dan kcau.setelah itu masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam(dari isi ayam yang direbus)

3. Masukkan ayam, bawang merah,bawang putih dan halia yang dihiris pula.

4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. biarkan hingga mendidih.

5. Akhir sekali,masukkan daun sup.

BEGEDIL KENTANG

6 biji kentang
daun sup
bawang goreng
telur

1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.

2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.

3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.

4. Bentukkan kentang tadi. dan sedia untuk digoreng.

5. Pukul telur, panaskan minyak.

6.Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. siap!

SAMBAL KICAP

20 biji Cili padi hijau
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula pasir
kicap secukupnya

1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.

2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat.masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.

3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya.siap!

Siap untuk di makan, Selamat mencuba! ;)

Daging bakar perap

Resepi daging bakar perap bersama sos pedas thai

Resepi ini telah dikongsikan oleh sis mrs.mamacz melalui instagram resepi sedap

(Daging perap)
sos tiram/kicap manis/sos ikan/serbuk blackpeper/
perap sekurang2nya sejam .
kakton suka goreng dengan sedikit minyak dulu sebelum bakar bagi lembutkan daging  , goreng sampai masak isi lepastu bakar .

(Sos pencicah)

Sos maepranom(sos ayam thai)
cili serbuk thai
sos ikan
asam limau nipis sebiji
gula 1 sudu
bawang besar hiris
daun ketumbar hrini kakton guna daun sup

Nasi ayAm hainan

RESEPI NASI AYAM HAINAN IPOH MALI

Utk nasi...
4 pot Beras (cuci bersih)
5 ulas bwang putih (tumbuk)
3 kiub ayam knor (ramas hancur)
2 hlai daun pndan (dsimpul)
1 sup bonjot
2 bunga cengkeh
1 kayu manis
2 sdm mentega
1 btg serai (dtitik)
Halia (tumbuk)
Air scukupnye

~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu

~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu
cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...

~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi...

~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg
dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub ayam
knor...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...

Utk ayam...
1/2 ekor ayam (dcuci bersih)
5 ulas bwng putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
1 kiub ayam knor
Garam
Air scukupnye
Minyak bijan (utk mmerap)
'Air masak scukupnye
'Ais (Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam)

~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia

~bila dh mdidih...masukan ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut saiz ayam)...

~bila ayam dh masak...angkat..masukan dlm air yg
bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam)....

~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye....

~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak
mhidang nanti..

Utk sos hitam...
4 sdm kicap cair
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1/2 cwn air rebusan ayam
2 sdm mnyak bijan
~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap

Utk sos merah...
5 cili api (merah-tumbuk)
3 lada besar (merah-tumbuk)
Halia (dtumbuk)
Garam
Gula
Air masak
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg
sderhana sambil dikacau2...siap

Utk sup...
3 bwng merah (dtumbuk)
2 bwang ptih (dtumbuk)
1 sup bonjot
3 rempah skwan
Halia (dtumbuk)
Garam
Air rebusan ayam
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
Sdikit mnyak (utk mnumis)
#saya bubuh fishball...saja2 suka2 je...hihii

~pnaskan mnyak...masukan bahan tumbuk bersama
rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis smpai naik
bau...masukan air rebusan ayam...tunggu
didih...masukn fishball..perisakn dgn garam dan
ajinamoto...taburankn bwang goreng n daun sup
semasa mhidang...siap

Pemilik Resepi - Anna Camfrog

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi mee bandung

Resepi Mee Bandung

-Bawang besar
-Bawang putih
-Lada kering
-Udang kering
(Blend semua bahan kat atas)
Serai titik
Cara:-
-Panaskan kuali letak minyak cikit masukkan serai titik & tumis bahan blend sampai garing..
- masukkan air agak2.. klu ada air rebusan daging pn lagi sedap...
-tggu didih masukkan daging&seafood
-last masukkan sayur & pecahkan telur ...biarkan sampai telur separuh masak masukkan mee kuning.. jgn lupa ltk garam, gula & serbuk perasa secukup rasa
-siap blh la tabur bawang goreng, daun sup & daun Bawang...klu suka blh mkn dgn lada jeruk.

Kredit Video Resepi : Ibu Jari

Share dan tag kwn2

Nasi serai

NASI SERAI

Serius Memang Sedap 😉 Share dulu simpan

Ini Resepinya:

Bahan2:

4 cwn beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3  sudu minyak sapi.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.

Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.

Nasi ni sedap dimakan dengan Daging Masak Palembang. Resipi daging masak palembang boleh lihat di fb Roshima Ibrahim Shima

Selamat mencuba. 😉

Kredit resepi dan video: fb Roshima Ibrahim Shima