Sunday, 20 May 2018

Sos black peper

Assalam...selamat tgh hari,sje nk share resepi sos black pappers yg sedap dan murah kos nya..ini cara saya...😊😊

2 sudu Myk masak/mentega
2 sudu Bawang putih (blend)
3 sudu Tepung gandum
500ml air
2 Kiub lembu know
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kicap pekat (utk perwarna)

Cubalah korg pasti suka kan nya..😊😊

Kredit Resepi : Mohammad Saib

Like & share

Kek lapis coklat

Alhamdulillah.... Pestime cuba buat Kek kukus coklat lapis cheese ... Subahanallah, memang lembut sangat.. Thanks for dik Erna Hasmimie share resepi 💘.. Semoga rezeki kamu perpanjangan sayangku.
.
Kek Kukus Coklat Cheese

(share jika suka)

BAHAN A :

1 cawan gula*

1 cawan susu cair*

1 cawan koko*

1 cawan minyak*

1/2 cawan susu pekat*

BAHAN B :

3 biji telur (A)

BAHAN C :

1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheee :

250gm cream cheese*

60gm gula castur*

25 gm tepung gandum*

25 gm susu segar*

1 biji telur

Cara- Cara:

1)Campurkan semua bahan A n masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.

2)Pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan bahan A kacau hingga sebati n masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.

3)Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak..kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.

4)Setelah itu,tuangkan sekali lg sebahagian lg adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.

5)Siap angkat n sejukkan barulah diterbalikkan.

6)*Loyang hendak lah disapu majerin n dialas kertas minyak.

CARA2 MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

1)Pukul semua yg bertanda kecuali telur sampai gebu n masukkan telur n pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya

Best sangat rasa lembut jaaa

Credit : Syarifah Al Wafa
#mahn

Ikan percik

Dipetik dr fb Hajah Zainab Bt Mawan :

Hari ini mak cik masak IKAN PERCIK Ala kelantan ..maaf klu resepi maK Cik ni ada kekurangan .Siapa dicni orang kelantan ?betul ke resepi mak cik ni ...Hari ni Mak Cik buat untuk 2 ekor saja , pakai ikan kembong hijau dan pakai agak2 jelah bahan nya ..

Bahan2 nya .( resepi sebenar )
5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar)
Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun klu yg mkn ikan sungai lah kan .)
*10 tangkai cili kering rendam bagi lembut .
*1 biji bwng besar
*1 inci halia
*sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh .
2 batang serai ( titikan saja )
Santan dr sebiji kelapa
2 keping asam keping
Garam n perasa
1@2 sudu gula Pasir
Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah .

Cara:
Mesin bhn bertanda *
Masukkan santan dlm periuk
Masukkn bhn mesin
Masukkan serai n asam keping
Masukkan garam ,perasa n gula

Didihkn atas dapor hingga pekat masukan sediki tepong beras yg dibancoh ngan air terlebeh dahulu untuk memekat kan lagi kuah tersebut
Bila siap..curahkan atas ikan yg dh siap bakar..pastu nk bakar semula pun boleh ..ikut lah cara masing masing .
Masukan dlm periok tu sekali pun boleh ..supaya ikan tu mesra bersama kuah .kuah tu nk bagi kering lagi pun boleh ..tapi sy suka yg bekuah ..nk cicah ngan roti .

..Selamat mencuba ikan Percik ku ..Halal Resepi yg di bagi ..
Alhamdulillah
#syukurselalu .
Resepi ni sy simpan dah hampir 33 thn yg lalu ..semasa sy menjadi isteri Polis berjiran ngan org kelantan ..masa tu dok suka sgt ..hari2 buat ..tapi dulu sy suka pakai ikan sungai .( ikan Talapia )

Kredit : Resepi memikat suami

Jom like & share Resepi Menarik untuk lebih banyak agi resepi menarik :)

Mee wantan

Jemput makan sambil tgk bola.
siap dah dinner saya mlm ni..
Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina... dah tentulah mee kicap wantan  ni bukan asing bagi saya.
Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup.

RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
🍜 Mee Wantan 🍜
- mee wantan
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
- minyak bijan
- kicap pekat
- kicap cair (apa2 brand pon ok)
- Sos tiram
- Sayur sawi / siew pak choi
🌟 campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee

🍜Kulit Wantan  🍲
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
-  satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta  minyak masak
- kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak  lekat kat tangan
- uli hingga sebati kemudian biarkan kejap  dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
⭐️ payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3

🍤Isi / Inti Wantan🍜
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
⭐️gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
⭐️ dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.

🍜Sup Ringkas Adam Corrie 🍜
- Air
- Lada sulah
- Kiub ayam
- Daun ketumbar
- Bawang goreng
🌟didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je  mcm2 ada..
  ikut selera masinh-masing

#adamcorrie
#kopibadang
#meewantankicap
#makananturuntemurunsaya
www.adamcorrie.my
Kopi Badang Official
Mr & Mrs Adam Corrie
P/s : saya tak ada restoren ye. Terima kasih

Petua rumah bersih

Jika rmh anda ada bunyi goli jatuh bunyi org tarik kerusi atau nmpk kelibat2 atau nasi basi maka letakan buah kundo....

seandainya buah tu busuk buang jauh2 dan ganti dgn yg baru sampai tk busuk.

Kesian mana yg baru baca kena scroll comment awal.

Saya copypaste sini semula ok😉

Baiklah biar min bersambung di comment tentang

" Apa logikal nya buah kundur dengan makhluk entity ini?  "

Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individual...

Ini adalah pertua orang dulu kala ataupun cara orang Indian pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerna tidak semua orang mempunyai kelebehan mata batin nya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object ( unseen ghost or jin) 

Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat menjaga diri kita Dan rumah kita daripada makhluk2 Yang tak nampak...

Bila mana rumah kita berseh daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya Dan tidak pulak rosak Dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu pertanda rumah clear & clean.

Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti photo yang min shared kan , itu pertanda adalah sesuatu  Yang tak kena.

Jadi apa tindakkan kita seterusnya? 

Bila terjadi seperti inj kita kena lah bersehkan rumah kita dengan ayat2 suci sama ada di perbuatkan media air atau selanjutnya...

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebeh faham dan tahu akan kegunaanya...

Sedikit lagi tambahan Dan buah ini boleh di buat minum untuk pesakit Yang terkena sihir...

Caranya kita ambil buah tersebut kita potong2 Dan dimasakan nya ditambah sedikit gula batu kemudian dibuat minum dengan beberapa doa khusus lalu diberi minum kepada AI sakit....

Insyallah alfiat....baca langsung sini aje ek...

Bagi Yang kata masak nasi sekejap basi boleh pergi ke posting " Nasi Basi " ada penjelesan ringkas disitu...

Sekian Terima Kaseh ..🤗

Saturday, 28 April 2018

Sihat selalu insya allah

INFO SIHAT
      
1. Wanita dilarang menarik brg berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa brg2 berat.
Ini adalah krn urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jln 50 langkah memperbaiki tulang tubuh.
Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA,
Krn dpt menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air,
Minum tiap hari selama 12 hari utk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium.
Tembikai adalah sumber kalsium.
Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat.
Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik utk mempertajam daya ingat anak,
Dimakan oleh wanita hamil lebih baik.
Utk lelaki dewasa,
Labu berguna utk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang utk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik utk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes,
sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari,
Bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*

01. 🍴Makan sblm tidur boleh menyebabkan kanser lambung krn usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu.
Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen,
penyebab kanser.
Jgn✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan,
bukan selepas makan.

05. Masa haid jgn✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau,
sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jgn tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan.
Jgn waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu.
Dua gelas utk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sblm tidur😴 jgn makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jgn minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) krn tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jgn makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jgn dekat tempat tidur,
Mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu byk minum air putih,
🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jgn lebih 2⃣ cawan sehari,
boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jgn makan makanan yg tinggi lemak krn perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan,
Mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 krn otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jgn⛔ makan byk krn tubuh kita tidak perlu byk kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang,
limau bali,
roti penuh gandum,
sayur bayam,
bawang putih, labu,
susu rendah lemak,
daging ayam,
buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tlg kongsikan.
Semoga bermanfaat 😊

:: Dapatkan tips-tips yang berguna untuk membina keluarga bahagia ::
https://t.me/PetuaKeluargaBahagia

Wednesday, 25 April 2018

Bila Terjaga Di Malam Hari Bacalah Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Ya Allah, ampunilah dosaku.