أقوى ٨ أطعمه لتقوية المناعه وتحطيم الأمراض:
8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصلbawang besar
الشاي الأخضرteh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa pentakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) نوم الصبح .tidur waktu pagi
2) قلة الصلاة .sedikit bersolat
3) الكسل .malas
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
إذا أعجبتك هذه الكلمات
لا تبخل بها على اصحابك واحبابك .. !!
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg kau kasihi
Monday, 11 May 2015
Makanan yang halal dan baik untuk kesihatan
Saturday, 9 May 2015
Rosaknya akhlak melayu terjebak Money boy
KUALA LUMPUR 8 Mei - Lebih 85 peratus daripada lelaki yang terjebak dalam gejala money boy adalah kaum Melayu yang ingin mengejar kemewahan menerusi jalan singkat dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan terutama seks kepada kaum sejenis.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kajian yang dijalankannya ke atas 30 responden yang terdiri daripada money boy pada 2010 hingga 2012 di sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata daripada mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun.
Katanya, gejala itu kian menular dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda dan dikhuatiri bakal mencetuskan pelbagai masalah sosial sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan.
“Gejala money boy di negara ini semakin serius namun tidak disedari masyarakat umum kerana kegiatan mereka sukar untuk dikenal pasti dan dijalankan menerusi ‘jalan belakang’. Aktiviti itu kian menular kerana pendapatan lumayan yang diperoleh bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
“Langkah pencegahan segera perlu diambil pihak berkuasa sebelum perkara itu menjadi lebih parah kerana dikhuatiri akan menjadi masalah sosial lain seperti lumba haram, dadah, rogol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Money Boy: Masalah Sosial Era Generasi Y, di UPM, dekat sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, kebanyakan money boy tidak kesal melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut sebaliknya gembira dengan aktiviti yang dijalankan.
Katanya, golongan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk berpendidikan tinggi dan mempunyai ajaran agama yang kukuh.
“Masyarakat perlu berganding bahu untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti itu dan bukannya hanya mengharapkan usaha kerajaan dan agensi-agensi tertentu.
“Cara tersebut diharap dapat membantu mengurangkan gejala money boy di negara ini serta menghapuskan kegiatan tidak bermoral itu daripada terus merosakkan anak bangsa kita,” katanya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/melayu-paling-ramai-terjebak-i-money-boy-i-1.89691#sthash.CLQ2fEwW.dpuf
Penipuan biz # berhati-hati
Nama : NUR FARAH SYAFIQA aka lurve Bank : 112157049252 (maybank) No hp : 0129323256 Kalau ade nombor ni dlm group , mintak jgn berurusan dgn diaa , penipuuu besarr , dia baru saja menjalankan aktiviti ni , mintak berhati hati semuaaa 😭 😭 😭 **copy paste dari group sebelah* Klu ada number tak d kenali whatsapp kamu jgn layan.. Org tu hantar ayat Al Quran kononnya ayat Al Quran tu salah. Jgn baca! Itu adalah pukau. Kazen kat KK bru kena smlm selepas bca ayat tersebut dr watsapp...skrg tgh di ubati 😔 😔 😔 Tlg sebarkan agar kita lebih berhati2.... Forward dr group lain.Tq. Wallahualam... Just bringat...(copy dr kawan yg terkena) Assalamualaikum... Pesan dgn kwan2. Kalau ada pak arab dtg skolah nak check guna homopathy jgn layan. Guna pukau jual batu dlm gelas. Smk seremban jaya dah kna. Cikgu2 sana byar bratus2. Smalam dtg skolah pinang tunggal. Tapi jumpa ust je terus cabut. Dia dah tunggu dlm bilik msyuarat smalam. Hati2. Jin dia kuat. Bleh tau pasal peribadi org luar & dlm. jgn benarkn dia renung mata, jabat tgn atau baca sakit kita luar dlm.kdg kala dia pakai scarf mcm org punjabi. Dia fasih berbahasa inggeris & berbahasa Arab. Hati - hati selalu......... Jika ada no di bwh 👇 ni call,tolong jgn diangkat! 🔲 01126424250 🔲 0174345765 🔲 0166758341 🔲 0102418480 🔲 0138908210 🔲 0199434654 Yg ats 👆 tu no
Saturday, 11 April 2015
Marilah berzikir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Marilah kita merendahkan diri untuk seketika dengan berzikir.
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah
Cukuplah Allah sebagai Tuhan.
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah.
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t
Tubna Illallah
Tubna Illallah
Tubna Illallah
Waraja'na illallah
Wa nadimna ala ma faalna
kami bertaubat kepada Allah.
kami bertaubat kepada Allah.
kami bertaubat kepada Allah.
Kami kembali kepada Allah.
Kami menyesal terhadap apa yang kami lakukan.
Alhamdulillah.
Friday, 10 April 2015
Doa kesabaran
"rabbanna afrigh 'alainna shabraw watawaffanaa muslimiin"
"ya tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami di dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-mu) .."
(Qs al-a'raf:126)
#doauntukmenjadiseoarangyangpenyabar
#morninggg ..
Monday, 6 April 2015
Melayu mudah lupa
RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.
Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.
Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?
Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?
Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn beberapa petanda.
⭕Kemunculan Imam Mahdi
⭕Kemunculan Dajjal
⭕Turunnya Nabi Isa (AS)
⭕Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
⭕Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
⭕Pintu pengampunan akan ditutup
⭕Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
⭕Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
⭕Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
⭕Kemusnahan/runtuhnya Kabah
⭕Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
⭕Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
⭕Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Allah berfirman :
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.
Kerugian meninggalkn solat:
♣Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
♣Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
♣Asar: Kesihatan mulai terganggu.
♣Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
♣Isyak: Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama..Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
🌀Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
🌀Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
🌀Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
🌀Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
🌀Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
🌀Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
🌀Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
✅Kirimkan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim
Monday, 30 March 2015
Asma ul husna
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.....
PENYEMBUHAN BADAN MELALUI asmaul husna
Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.
Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:
Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh insyallah.
01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razaqq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)
mesti mesti mesti kongsi ...