Thursday, 31 May 2018

Viral babi

Mintak tolong viralkan secepat mungkin....
Berita sahih.. 74 kontena dh terlepas sebelum ni. 4 aje yg dapat kami tahan semalam dan egent pn dh lari. Kalau boleh jgn beli daging import skrg. Daging tempatan xpe. Sampai subuh semalam setelkan kes 👆. Company register pn tipu.

MAQIS sahkan pengusaha langgar permit
http://www.bharian.com.my/node/303394

Tolong periksa daging yang ada di dapur kita sekarang!

Tersentak betul saya bila baca berita Harian Metro hari ni. Rupanya semalam 4 kontena daging babi yang bercampur dengan kambing dirampas di Gelang Patah. Daging yang dirampas tu berharga RM 2 juta dan seberat 120 tan!

Tu yang berjaya dirampas ye. Bayangkan berapa ribu tan yang dah terlepas dan masuk ke perut anak-anak kita. Saya tahu yang Non-Muslim pun ramai je yang tak makan babi ni apatah lagi yang Muslim.

Sini saya nak kongsi sikit cara nak kenalpasti daging kat rumah kita tu daging babi ke tak :

1. Warna daging babi ni lebih pucat daripada daging lembu atau kambing. Kepucatan daging babi ni macam daging ayam sikit. Cuma susah sikit nak bezakan sebab kadang-kadang sindiket penyeludup ni rendam dan sebatikan dengan darah lembu dulu sebelum seludup.

2. Serat daging lembu ni lebih jelas dan tebal sikit. Cuba perhatikan serat/urat daging kat rumah kita tu. Jelas ke samar-samar?

3. Lemak pada daging babi pulak lebih anjal dan sukar dilepaskan berbanding daging lembu. Cuma kadang-kadang tu ada je beberapa bahagian lemak babi yang menyerupai lemak lembu.

4. Tekstur daging babi jugak lembik dan mudah diregangkan. Cuba korang tarik daging kat dapur korang tu. Ada rasa macam lembik sikit tak teksturnya? Kalau teksturnya padat dan kaku insyaAllah daging lembu la tu.

5. Cuba korang hidu bau daging dulu sebelum masak. Kalau bau hanyirnya berbeza dengan bau hanyir daging yang biasa kita hidu tolong hati-hati sikit. Ataupun kalau korang beli daging kambing tapi takde aroma kambing pun sila hati-hati ye.

Pesan khidmat masyarakat ini bukan bertujuan menghina jiran Non Muslim kita ye. Kita kena hormat pilihan makanan mereka cuma kejahatan penyeludup yang mengelirukan orang Islam ni sampai bila-bila pun tak boleh dimaafkan!

Saya taknak cacing Taenia Solium dalam daging babi tu masuk dan menjangkiti badan dan masuk ke dalam otak ( neurocysticercosis ) anak saya!!

Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ye semua.

*Pig codes*

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA
     
*Amaran oleh Kerajaan Malaysia berhati-hati sebelum makan*

Dr Safurah Hj. Jaafar,
_Principal Assistant Directory Ministry Of Health, Malaysia_
Tel: 03-2540088

Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)

*E100          *E110          *E120          *E140          *E141          *E153          *E210          *E213          *E214          *E216          *E234          *E252          *E270          *E280          *E325          *E326          *E327          *E334          *E335          *E336          *E337          *E422          *E430          *E431          *E432          *E433          *E434          *E435          *E436          *E440          *E470          *E471          *E472          *E473          *E474          *E475          *E476          *E477          *E478          *E140          *E481          *E482          *E483          *E491          *E492          *E493          *E494          *E495          *E542          *E570          *E572          *E631          *E635          *E904*      

Babi sudah jelas haramnya. Risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL, Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa UTM, UUM, USM, UIA, UM, UKM & CAP.

Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk2 berikut di pasaran iaitu:

🔹 Shampoo dan facial *DOVE*
🔹 Potato chips *PRINGLES*
🔹 Lychee *NARCISSUS*

*KESEMUA PRODUK DI ATAS MENGANDUNGI LEMAK BABI*

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.         
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yang lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/         

_Sekian wassalam_

Sunday, 27 May 2018

Ucapan di dalam musibah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."

الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Friday, 25 May 2018

Singki sumbat

Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak? Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap! Haaa… selepas ini tiada alasan lagi nak biar sinki tersumbat macam itu je, tau! Anda dah ada cara ini, sila praktikkan.

Sunday, 20 May 2018

Mee goreng basah howliau

Resepi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah!

Bahan bahan

-1 pack mee kuning
-isi ayam potong kecil ( ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
- daun kucai
-1 biji buah tomato - potong kasar
- 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
- segenggam cili kering ( potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
- kicap manis mudim
-1 sudu besar Garam
-5 sudu besar gula
-5 sudu besar Minyak masak
*Admin tambah udang

Cara cara:

Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bg isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yg dkisar td, lepastu boleh terus masuk gula ,garam, kicap. nak bg warna cantik kicap jgn kedekut sngt 😒
.

tunggu smpai mndidih , n nampk mcm pekat dah, rasa sikit ok x.lepastu Masukkan mee dan gaul sebati.

jgn tinggal me tu.. gaul ja dia smpai agak2 bersalut dah ..n kuah agak2 nak kering tu.. lepaskan tomato n daun kucai yg dh di potong tu... gaul dlm 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.

p/s...  jgn smpai kering tau  ... 😜😜😜😜

Mee sedia dihidangkan

Kredit resepi ini kepada Cik Puan Hajar

.
.
Iklan:
Berminat viralkan perniagaan anda? Pm admin utk dptkan t&c pengiklanan di vov. Thanks

Kek tanrora

3Bahan je boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss..

BAHAN-BAHAN

120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

CARA-CARA

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.

Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.

Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.

Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.

Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.

Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

MEMANG GEBU & LEMBUT!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?

Selamat mencuba 😍😍😍

Kredit to : Nurul Ain Ridzwan

LIKE & SHARE

Sos black peper

Assalam...selamat tgh hari,sje nk share resepi sos black pappers yg sedap dan murah kos nya..ini cara saya...😊😊

2 sudu Myk masak/mentega
2 sudu Bawang putih (blend)
3 sudu Tepung gandum
500ml air
2 Kiub lembu know
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kicap pekat (utk perwarna)

Cubalah korg pasti suka kan nya..😊😊

Kredit Resepi : Mohammad Saib

Like & share

Kek lapis coklat

Alhamdulillah.... Pestime cuba buat Kek kukus coklat lapis cheese ... Subahanallah, memang lembut sangat.. Thanks for dik Erna Hasmimie share resepi 💘.. Semoga rezeki kamu perpanjangan sayangku.
.
Kek Kukus Coklat Cheese

(share jika suka)

BAHAN A :

1 cawan gula*

1 cawan susu cair*

1 cawan koko*

1 cawan minyak*

1/2 cawan susu pekat*

BAHAN B :

3 biji telur (A)

BAHAN C :

1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheee :

250gm cream cheese*

60gm gula castur*

25 gm tepung gandum*

25 gm susu segar*

1 biji telur

Cara- Cara:

1)Campurkan semua bahan A n masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.

2)Pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan bahan A kacau hingga sebati n masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.

3)Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak..kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.

4)Setelah itu,tuangkan sekali lg sebahagian lg adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.

5)Siap angkat n sejukkan barulah diterbalikkan.

6)*Loyang hendak lah disapu majerin n dialas kertas minyak.

CARA2 MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

1)Pukul semua yg bertanda kecuali telur sampai gebu n masukkan telur n pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya

Best sangat rasa lembut jaaa

Credit : Syarifah Al Wafa
#mahn