Sunday, 17 April 2022

resepi

RESIPI SOTO  sedap😬

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)
•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.

*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

Kredit : fara lome

Tuesday, 20 July 2021

doa angin ahmar

MANDI untuk KESIHATAN terutama penyakit Angin   Ahmar.

Amalkan Setiap Kali Kita Mandi ...
Mandi Macam Biasa Dan Pengakhirannya Baca  :   “SALAMUN QAULAM MIR  ROBBIR ROHIIM” 7 kali : 
- Baca  1 kali Dan Jirus Air Di Kepala ... 
- Baca  3 kali Dan Jirus Sabelah Kanan Seluruh Anggota badan 
- Baca  3 x Dan Jirus Sabelah Kiri Seluruh Anggota badan 

Insha Allah.. 
Di JAUHKAN Dari Apa Jua jenis PENYAKIT ...

Sakit Angin Ahmar Juga.. Mudah-Mudahan  Di    Jauhkan Dan Yang Sedang Sakit  Juga Sembuh   Pulih seperti buasa.. 

Aamiin 🤲🤲🤲

Kredit: FaktaAgama

brisk walk

BRISK WALK: TEKNIK DAN FAEDAH
Apakah yang dianggap brisk walk (berjalan laju)? Seberapa pantaskah diperlukan untuk brisk walk?

Terdapat 3 pilihan mengukur laju anda berjalan seperti berikut:

1. KADAR DENYUTAN JANTUNG 
Berapa laju anda berjalan boleh dikira berdasarkan kadar denyutan jantung (HR).

DENYUTAN JANTUNG MAKSIMUM
Denyut jantung (HR) maksimum adalah 220 denyutan seminit (bpm) tolak usia anda sekarang. 

Jadi, jika anda berumur 40 tahun, 
HR max 220 - 40 = 180 bpm.

Sasaran HR yang selamat semasa bersenam bagi orang dewasa adalah 50-85% daripada HR maksimum. 

Dari Persatuan Jantung Amerika (AHA):
Zon senaman intensiti sederhana adalah 50-70% dari HR max, dan
Zon senaman intensiti tinggi 70-85% daripada HR max.

Jika HR max anda 180, maka 50-70% dari HR max seperti berikut:

50% dari 180 = 90, 70% dari 180 = 126
Oleh itu zon HR senaman intensiti sederhana anda adalah 90-126 bpm.

Dengan cara yang sama, kira zon HR senaman intensiti tinggi (70-85%) anda pula. Jika HR max anda 180, maka 70-85% dari HR max seperti berikut:

70% dari 180 =126, 85% dari 180 =153
Oleh itu zon HR senaman intensiti tinggi anda adalah 126-153 bpm.

Jadi, sasaran zon HR selamat ketika berjalan laju adalah antara 90-153 bpm.

Berikut sasaran HR mengikut umur berbanding 50–85% HR max:
20 tahun   100–170 bpm
30 tahun     95–162 bpm
45 tahun     88–149 bpm
50 tahun     85–145 bpm
60 tahun     80–136 bpm
70 tahun     75–128 bpm

SASARAN ZON HR MAF
Sasaran zon HR MAF lebih mudah dihitung iaitu 180 - usia anda sekarang.

Jika usia anda 40 tahun, 180 - 40 = 140. Maka zon HR MAF anda ialah 130 - 140 bpm.

Cara lain mengukur HR anda :
Letakkan hujung jari telunjuk dan jari tengah anda di bahagian dalam pergelangan tangan kiri sehingga anda dapat merasakan nadi. 

Hitung jumlah denyutan nadi anda  dengan hujung jari anda selama 30 saat. Kemudian darab dengan 2.

Jika nadi 30 saat anda ialah 55, maka denyutan nadi seminit anda ialah 110bpm (iaitu 55 x 2).

2. BILANGAN LANGKAH SEMINIT
Cara lain untuk mengukur kadar berjalan laju anda adalah dengan menghitung langkah anda.

Kajian British Journal of Sports Medicine mendapati bahawa jika anda dapat berjalan kaki melebihi 100 langkah seminit, anda cukup laju.

Pelacak kecergasan membantu anda mengikuti langkah dan kepantasan anda berjalan.

3. UJIAN BERBUAL
Cara ketiga tidak memerlukan matematik. Anda cuma perlu bercakap semasa anda brisk walk:

Zon senaman intensiti rendah - anda dapat bernyanyi dengan kuat. Ini bermakna anda berjalan terlalu perlahan. Tingkatkan kelajuan anda.

Zon senaman intensiti sederhana - anda dapat bercakap dengan perbualan penuh namun anda tidak dapat menyanyi kerana sesak nafas, anda berjalan sederhana laju.

Zon senaman intensiti tinggi -anda tidak dapat bercakap dengan mudah kerana kehabisan nafas. Anda berjalan laju.

FAEDAH BERJALAN SECARA UMUM
Untuk faedah berjalan, layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10165710750340691&id=756305690

FAEDAH BERJALAN LAJU
Beberapa faedah berjalan pantas yang diteliti termasuklah:

1.Turun berat. Berjalan laju  menurunkan lebihan berat badan dengan membakar lebih banyak kalori, menaikkan jisim otot tanpa lemak, dan mengekalkan mood untuk terus berjalan.
2. Merawat sakit jantung. Dari kajian, berjalan 5 hari seminggu menurunkan risiko penyakit jantung. Latihan kardio yang konsisten menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.
3. Menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati senaman kardio berkala dapat menurunkan tekanan darah.
4. Menurunkan gula dalam darah. Berjalan secara konsisten dapat meningkatkan kepekaan insulin. Sel-sel otot gunakan insulin untuk mengambil glukosa untuk tenaga, sebelum dan selepas bersenam.
5. Memperbaiki Kesihatan mental. Kajian mendapati senaman dapat meningkatkan harga diri, tidur nyenyak dan membina kekuatan otak.

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBAKARAN KALORI
Kadar pembakaran kalori bergantung kepada beberapa faktor, termasuk:
berat badan, umur, jantina, berapa banyak otot tanpa lemak yang ada dalam badan, intensiti dan tempoh berjalan.

Untuk membakar lebih banyak kalori, anda perlu berjalan dengan lebih pantas dalam tempoh yang lebih lama antara 150-300 minit seminggu(AHA).

BAGAIMANA TINGKATKAN PEMBAKARAN KALORI?
Untuk membakar lebih banyak kalori semasa berjalan, cubalah beberapa strategi berikut:

1. Berjalan ke bukit/treadmill
Menambah lereng dan bukit ke laluan berjalan anda memerlukan jantung, paru-paru, dan otot anda bekerja lebih keras dan membakar lebih banyak kalori. 

2. Tambahkan senaman interval
Senaman interval intensiti tinggi (HIIT) melibatkan latihan senaman pendek yang berselang-seli dengan tempoh pemulihan intensiti rendah.

Contohnya: berjalan kaki dengan laju selama 5 minit diikuti dengan berjalan lebih perlahan di kawasan rata selama 3 minit.  Ulangi selama 20- 30 minit.

3. Bawa bebanan tangan
Bebanan ringan dapat meningkatkan usaha tambahan untuk berjalan dan supaya anda berusaha lebih keras.

TEKNIK BERJALAN YANG BETUL
1. Tegakkan kepala, pandang ke depan, bukan ke bawah.
2. Rehatkan leher, bahu, dan punggung, tetapi jangan membongkok atau sengetkan badan ke depan.
3. Luruskan badan dan libatkan otot perut anda.
4. Berjalan dengan stabil, hayunkan kaki anda dari tumit ke kaki.
5. Hayun lengan anda dengan perlahan, atau gerakkan lengan anda sedikit pada setiap langkah.

FAEDAH TEKNIK DAN POSTUR BERJALAN YANG BETUL
Teknik dan postur yang betul membantu:
1. Menjaga tulang dan sendi anda sejajar dengan betul
2. Mengurangkan haus pada sendi, otot, dan ligamen anda
3. Mencegah sakit belakang, punggung, leher, dan kaki
4. Mengurangkan sakit otot dan lesu
5. Mengurangkan risiko kecederaan
6. Meningkatkan keseimbangan dan kestabilan anda

KEKERAPAN BERSENAM
AHA mengesyorkan senaman intensiti sederhana selama 150 minit atau aktiviti berintensiti tinggi selama 75 minit setiap minggu. Layari lebih lanjut di sini;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10165728057580691&id=756305690

Artikel sebelumnya:
CARA MEMILIH KASUT SUKAN
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10165730830015691&id=756305690

Sumber:
https://www.healthline.com/health/brisk-walking

https://www.healthline.com/health/how-to-walk

https://www.fitneass.com/brisk-walking/

Saturday, 29 May 2021

serempang

72 rambu ramba tu mksd nya akta 1972 angkatan tentera..sb tu la rambu ramba di reka oleh britsh dulu..

binaan rumah

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking

kos bata 1m2, kos bata interlocking
Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking. Antara kelebihan bata kekunci atau bata interlocking ialah,
  1. Teknologi mesra alam.
  2. Penjimatan penggunaan acuan.
  3. Tidak perlu plaster.
  4. Tiada pembaziran bahan binaan.
  5. Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  6. Ruang dalaman lebih sejuk.
  7. Penampilan yang elegen dan esklusif.
  8. Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
UPDATE KEBAIKAN BATA INTERLOCKING

Kelemahan
  1. Perlu pasang kemas dari tukang mahir
  2. Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding
 keseluruhan nya bata ni ok kerana cantik, antik bila disapu varnis atau shellac, kos dapat dikurangkan

Harga dan kos 1m2 BATA INTERLOCKING

saiz bata 250mm (p) x 100mm (t) - Luas 1 biji - 0.025m2
bilangan 1m2 - 40 biji
harga 1 biji - rm1.70
kos bata 1m2 - RM1.70 X 40 BIJI = RM68.00

HARGA BATA SIMEN 1M2 = RM35.00
PLASTER DALAM LUAR 1M2 = RM18.00

Bagi pengurangan kos, sebab beam bawah tak perlu, tiang konkrit tak perlu, kos besi struktur tak perlu

Friday, 28 May 2021

makna pakaian td

*1.  Ketua Kawalan tidak perlu pakai benet kenapa?*

*Jwp*: Ketua Kawalan memberi arahan dan kawalan mempertahankan. DULU KETUA  DI BAGI PISTOL ITU BENET TETAP DIPAKAI DI PINGGANG.

*2 . Kasut kawad 24 lubang?*

*Jwp*: melibatkan istiadat panjix. Setiap det mesti mempunyai 24 anggota tidak termasuk pmd kanan kiri sjn kawad 2 org.

*3. Spike boot 12 lubang kasut hijau dulu?*

*Jwp*:  lubang 12 setiap sek mesti  org 12 termasuk 2 kump penyerang.

1 x Kpl
1 x LKPL
2 x TINJAU
4 x RAPAL
2 x BANTUAN
2 x KUMP PENYERANG.

*4. KASUT POTONG 8 LUBANG?*

*JWP*-KASUT POTONG UTK DIGUNAKAN BERKERJA BERKERJA  DI PJBT 8 JAM.  4 JAM PAGI 4 JAM PTG.

Saturday, 24 April 2021

nasi arab

NASI ARAB

Bahan-Bahan untuk Ayam

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
.
Bahan-Bahan Tumis

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh

Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
.

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.

Selamat Mencuba♥️

Resepi : bella amira rosli