ketua iblis berjumpa NABI MUHAMMAD SAW..
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika
umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah
keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Jika seseorang hendak
berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia
membaca : A uu
dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma
jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan
maa razaqtanaa maka larilah aku daripadanya.
Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut,
(maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak
dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil
pergaulannya), maka anak itu menggemari
pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik)
atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian
ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan
atau minum dengan tidak membaca
BismillaahirRahmaaniRahiim maka, akulah yang
terlebih dahulu makan dan minum sebelum
mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi
mereka tidak kenyang."
Rasulullah SAW bertanya: "Dengan jalan
manakah yang dapat menolak tipudayamu?"
Jawab iblis laknatullah: "Jika seseorang berbuat
dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat
kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal
di atas perbuatannya serta apabila dia marah,
dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah
kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa
ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali,
maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana
dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta
lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril
jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka ghaafirudzzanbil aziim"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah
yang benar-benar menjadi kegemaranmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Apabila lelaki dan
perempuan tidak mencukur atau mencabut atau
menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari,
maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti
pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi)
tempat ku bergantung dan berbuai pada bulu
ketiak orang yang tidak mencukurnya atau
mencabutnya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah
saudaramu?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang tidur
meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh,
maka dia masih tidur dan tidak segera solat
subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia
lena sehingga terbit matahari dan begitu juga
pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan)
beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas
mengerjakan solat."
(Apabila hendak tidur, bacalah
BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Dengan
jalan manakah yang boleh membinasakanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang banyak
menyebut nama Allah SWT dan banyak
memberikan sedekah dengan tidak diketahui
orang, memperbanyakkan taubat,
memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat
di waktu malam."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah
pula yang memecahkan penglihatan engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang banyak
beriktikaf di masjid kerana Allah SWT"
(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal
masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apa pula
yang merantai engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Penjual (peniaga) yang
betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan
tukarannya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apabila
umatku memberi salam antara satu dengan yang
lain, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Apabila dua orang
(muslim) bertemu di tengah jalan, lantas
memberikan salam (Assalaamualaikum
warohmatull hiwabaa rakaatuh) dan dijawab
oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah
dada ku, maka aku pun meratap kerana kedua-
duanya telah diampunkan apabila berpisah
keduanya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah
pula sahabat karibmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang minum
arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu
atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah)
kerana kemerbahayaannya telah nyata
menyebabkan perpecahan, perkelahian dan
perceraian"
Tuesday, 29 April 2014
Ketakutan iblis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment