Thursday, 15 May 2014

Masa vs Tanggungjawab

Ingatan utk diri sendiri juga ni....

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.

... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat....
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain, Riang , Kongsi makan  dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti...  Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg  diulang, 6:00 ptg  saat anak nampak ibu dan ayah dia ,  anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV ,FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak  yg rindu  ibu .... Yg rindu ayah .... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan ayah...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda  sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar  boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...
Assalamualaikum Semua...

Jenaka bersama Ustaz Azhar :

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita.

Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing?

Kadang-kadang kucingbawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar.

Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu.
Tak payahlah kejar kucing
tu keliling kampung!

Dia bukan ambil semua, seekor saja.

Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.
Jika nak jadi :
cepat kaya,
murah rezeki,
panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang.

Setiap makanan kita beri binatang makan, itu dikira sedekah.

Allahualam....

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
* HR. Al-Bukhari

ㅤ  ㅤ  ㅤ         
ㅤ    Subhanallah     
      Alhamdulillah 
    Lailahaillallah   
ㅤ      Allahuakbar     
ㅤ ㅤ        ㅤ
Sedih baca seloka nii...betapa lekanya kita dng urusan dunia..

No comments:

Post a Comment