: 15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu..!
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas
anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri
dia masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia
benci tentang orang yang paling dia sayang
(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta
dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa
ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung tajam ke dalam matanya, dia akan
cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi
selalu tidak tahu macam mana nak menerima
pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang
sukakan anda separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang anda tak
akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan
dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan
diri dari anda selepas anda tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda
masih ingin menganggap dia sorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah
cara termudah mereka meluahkan isi hati
mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon, si
gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-
olah tidak berminat, tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit
kesukaan dan tak sampai sepuluhminit, semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti
bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,
cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan
lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali anda ajak berjumpa,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
dengan anda..
SELAMAT MENGENALI WANITA.. (^_^)
Friday, 29 August 2014
Rahsia wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment