RENDANG DAGING LOMBOK RAWIT
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging ] potong kecil
1 liter santan pekat
15-20 biji Lombok rawit (cili padi)
6 biji cili hijau
15 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 biji bawang besar
3cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 batang serai ] ketuk
1 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1-2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak sayur untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup dikisar halus. Ketepikan.
Bawang besar pula dimayang halus. Ketepikan.
Panaskan satu sudu makan minyak sayur di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar dan didihkan hingga rempah-rempah masak.
Masukkan daging, santan pekat, serai dan didihkan dengan api yang sederhana.
Masukkan kerisik setelah daging empuk dan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika tidak suka kerisik, tidak perlu masukkan.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 30-40 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi kerisik dan rempah ratus lain
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis dan didih
SAMBAL TAHUN PERUT
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
300gm perut lembu ]rebus dan hiris nipis
200gm lengkuas (muda) ]bersihkan dan hiris nipis
15 biji cili padi ]hiris nipis
½ sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
100gm udang kering
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
CARA MEMASAK:
Kisar atau tumbuk bahan-bahan kisar hingga lumat.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan lengkuas dan tumis hingga layu.
Masukkan santan, air asam jawa, cili padi, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan perut lembu dan didihkan dengan api yang sederhana hingga kuah agak pekat dan sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh beli perut lembu yang siap dibersihkan di pasar basah.
Saiz Hidangan: 2-3 orang
Waktu Memasak : 30-45 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Aroma lengkuas muda
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis dan didih
SAMBEL SANTEN BABAT
BAHAN-BAHAN:
1kg babat (perut lembu hitam) ] rebus dan potong kecil
1 liter santan
1 batang serai ] ketuk
1 helai daun salam
1 biji bawang besar ] hiris nipis
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
4 biji cili hijau
10 biji cili padi
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3cm belacan
CARA-CARA:
Kisar bahan-bahan kisar hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan serai, bawang besar, daun salam dan babat yang telah direbus empuk.
Tuang santan dan didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati.
Tambah garam, sedikit gula dan lada sulah secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika tidak suka belacan, tidak perlu masukkan.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 30-40 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan : Rasa kenyal perut lembu saat dikunyah
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis dan didih
SAYUR LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 liter santan pekat
300ml air
100gm ubi sengkuang ] hiris nipis
100gm kubis ] hiris nipis
3 batang kacang panjang ]hiris nipis
1 batang lobak merah ] hiris nipis
2 biji cili merah ] hiris nipis
100gm fucuk ]rendam
100gm suhun ] rendam
2 keping tauhu ] hiris nipis dan goreng
2 keping tempe ] hiris dan goreng
2cm lengkuas ] ketuk
2 helai daun salam
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
100gm udang kering
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan lengkuas, daun salam dan semua sayuran yang telah dihiris nipis. Tumis hingga sayur agak layu.
Masukkan air, suhun dan fucuk. Didihkan beberapa minit.
Masukkan santan pekat, sebuk kunyit, tempe dan tauhu goreng.
Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dinikmati bersama ketupat nasi atau lontong.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 30-40 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan pelbagai sayuran di dalamnya
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis dan didih
SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ] potong kecil
600ml santan pekat
200ml kicap pekat lemak manis
10biji bawang merah ] kisar halus
6 biji bawang putih ] kisar halus
2 batang serai ] ketuk
2 helai daun salam
2-3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan ketumbar ] sangai & kisar halus
1 sudu teh jintan manis ] sangai & kisar halus
1 sudu teh jintan putih ] sangai & kisar halus
2-3 biji buah pelaga
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tuang minyak ke dalam kuali, goreng ayam hingga sederhana masak. Angkat, tos dan ketepikan.
Di dalam sebuah kuali lain, panaskan dua sudu makan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit wangi. Masukkan serai dan daun salam.
Setelah itu, masukkan ayam, santan pekat, kicap manis, kerisik, garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan anda tidak menggoreng ayam hingga terlalu garing.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 30-40 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Aroma rempah ratus yang membuka selera
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Goreng dan tumis
SERUNDING IWAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut (putihnya)
2-3 ekor ikan kembung ] goreng dan ambil isinya
6 biji cili merah ] buang biji dan hiris
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 helai daun kunyit ]mayang halus
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih, cili merah, serai, jintan manis dan jintan putih dikisar halus dijadikan pes. Ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan isi ikan, serbuk kunyit dan kelapa parut. Masak hingga serunding agak garing. \
Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas atau dimakan bersama lontong.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 30-40 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Penuh aroma bangkit selera
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis
OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ] potong kecil
600ml santan pekat
70gm gula perang/merah
2 helai daun salam
2 batang serai ] titik
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kerisik
1 sudu teh air asam jawa
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat. Ketepikan.
Setelah itu, di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar bersama bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan serai dan ayam lalu didihkan hingga ayam empuk.
Masukkan santan, daun salam, gula perang, kerisik, air asam jawa dan didihkan lagi hingga kuah pekat.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam.
Info chef: Boleh tambah lada sulah jika suka.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak : 40-50 minit
Jenis Hidangan: Jawa
Keistimewaan : Aroma rempah ratus memukau selera
Jenis Penyediaan : Lauk pauk
Cara Memasak : Tumis dan didih
Share dan tag kawan2