Thursday, 17 October 2019

Be le

*Ulangkaji Hari Ini (UHI) 56/17*

*DEFINISI KOD DARJAH KERJA TATADEMMOT (DKT)*

Rujuk:

A. Armed Forces Medical Administration And Technical Instruction (AFMATI) 2011.

1. Anggapan yang mengatakan Anggota perkhidmatan yang mempunyai kategori DKT BE/LE tidak boleh membuat beberapa jenis tugas seperti pengawal, latihan fizikal dan lain-lain dengan alasan mereka BE/ LE adalah tidak benar.

2. Berikut adalah definasi Kod DKT sebagai panduan:

a. *FE (Forward Everywhere)*. Boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di mana-mana bahagian di dunia.

b. *BE (Base Everywhere)*. Guna tenaga di dalam kawasan pangkalan (base) di mana bahagian-bahagian di Malaysia.Ini bagi memudahkan anggota dalam kategori ini mendapatkan rawatan secara berterusan dan teratur yang kebiasaannya tidak terdapat di kawasan hadapan (foward/frontline).

c. *LE (Line Of Communication Everywhere)*. Boleh bertugas di mana-mana kawasan di antara pangkalan dengan kawasan hadapan di mana-mana bahagian di Malaysia. Mereka juga boleh ditugaskan di pangkalan. Dalam keadaan tertentu, mereka juga mungkin boleh bertugas di kawasan hadapan atau zon pertempuran di dalam apa-apa peranan yang tidak melibatkan pertempuran secara terus.

d. *NIL (Under Medical Care)*. Tidak boleh/layak bertugas untuk sementara waktu iaitu sementara menjalani rawatan perubatan. Mereka akan diberi cuti sakit oleh Lembaga Perubatan (maksimum 18 bulan) semasa menjalani rawatan.

e. *UNFIT (Unfit for Service)*. Tidak layak untuk terus berkhidmat atas sebab perubatan oleh Lembaga Perubatan dan mereka perlu ditamatkan perkhidmatan.

3. *Pengehadan Di Dalam Penugasan*.

a. Anggota dalam kategori BE adalah layak untuk membuat tugas di pangkalan asal sahaja manakala anggota di dalam kategori LE boleh membuat tugas sama ada di pangkalan atau di kawasan antara pangkalan dengan kawasan hadapan. Pegawai perubatan bertanggungjawab menasihatkan Pegawai Memerintah/Pemerintah berkaitan jenis-jenis tugas yang sesuai dilaksanakan oleh anggota BE/LE.

b. Lembaga Perubatan boleh menambah sebarang pengehadan ke atas aktiviti atau tugas yang bertujuan menentukan anggota akan pulih daripada kecederaan atau penyakit atau diperlukan akibat kurang upaya.  Pengehadan ini seboleh-bolehnya hendaklah dinyatakan secara khusus dan bukan di dalam bentuk yang terlalu am.

c. Pengehadan tugas hendaklah direkodkan di dalam Dokumen Lembaga Perubatan (BAT F 19) dan juga di dalam borang keputusan Lembaga Perubatan (BAT F 524).

*Tim UHI Cawang Tadbir*

24 Jul 17

Tuesday, 24 September 2019

Laman rasmi

Link penting

https://spgatm.ugat.mil.my/
*Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia*

http://bpa.mod.gov.my/spanatm/
*Kaji Selidik ATM*

https://www.myasnb.com.my/
*Portal myASNB Online*

padat.mod.gov.my/pencenllp.html
*Kiraan Faedah Persaraan LLP*

www.hrmisatm.mil.my
*HRMIS Online*

https://i-access.affinhwangam.com/ltat-auth#/ltat
*Affin Hwang Asset Management Berhad*

https://iwira.ltat.org.my/ltatonline/login.php
*Sistem Semakan Caruman Atas Talian*

http://padat.mod.gov.my
*Panduan Dokumentasi Akhir Tamat Perkhidmatan ATM*

 http://www.lppsa.gov.my/v2/
*LPPSA*

..

Tuesday, 3 September 2019

Perang perniagaan

*⚔Perang dah bermula..⚔*

Pasaraya2 dah mula memainkan peranan dengan tidak meletakkan produk2 keluaran bumiputera di rak display mereka dan menurunkan harga produk keluaran non-bumi hingga 5 hengget bagi minyak masak cap buruh, seri murni dan beberapa lagi. Kesedaran mereka bahawa kita orang2 melayu telah bersatu memboikot produk mereka lalu menurunkan harga seminima mungkin. Tiada lagi minyak saji kelihatan diatas rak. Mee segera Saji juga tiada. Ayuh teruskan memboikot 👍👍👍.

Untuk tahun 2019 kita gerakkan utk SATU Hari dalam seminggu kita jangan masuk dan beli dr kedai Cina dan Hindu. Tiap2 hari jumaat kita jangan masuk.
*❌Stop 99Speedmart.*
*❌Stop Matahari.*
*❌Stop Econmart.*
*❌Stop Econsave.*
*✅Kita beli barang dapor di Mydin/peniaga2 Islam yg lain.*
*✅beli beras Faiza.*
*Kita kempen betul2 2 minggu ni.💪🏻💪🏻*
*❌Jgn beli roti Massimo. Biar dia tutup mcm High 5.Kena bagi tau kawan2.*
*❌Jgn masuk pasaraya yg jual daging babi.*
*⛔Boikot NSK. Dia anti barang2 Melayu. X jual barang2 Melayu. Ayam pun meragukan.*
*⛔Boikot semua peniaga2 pasaraya yg anti Islam. Khususnya pelampau2 cina dan hindu*
*✅Beli ayam dari peniaga Melayu. Mahal sikit tp halal prosesnya. Lagi baik depan mata kita 👀👀*

Mintalah kita mulakan dgn diri sendiri dan suruh keluarga kita amalkan dan kita sebarlah ke semua group2 atau apa saja media sosial yg kita ada... Cara ini lah cara kita bersatu utk hancurkan *Pelampau2 Cina buddha/kristian*
*Pelampau2 Hindu..Pelampau2 Yahudi Zionist*

*#Tips Penting*
Seandainya terasa mahal sangat bila kita beli dari peniaga Islam:
maka niatkan
1-Yg mahal itu kita niatkan sedekah.
2-Ingatkan diri kita sesungguhnya apa yg kita belanjakan pada peniaga Islam akan kembali kepada Islam melalui zakat mereka dan menguatkan kembali ekonomi org Islam
3-andai terasa mahal sangat jugak, latihlah/pujuk rayulah hati kita dengan berkata:

*🤲🏻Ya Allah aku x mampu nk membantu agamaku bangsaku yg sedang dihina dipijak2 oleh pelampau2 Kafir dibumi Tanah Airku..melalui senjata (Sebagai Mujahiddin Fi Sabilillah),aku x mampu berjuang dengan cara ilmu(Sebagai Ulama/ Cendiakawan),aku x mampu berjuang dengn cara kuasa(Sebagai Penguasa/Pemimpin),maka hanya cara ini yg mampu aku lakukan terimalah pengorbananku yg sedikit ini sebagai bekalanku diakhirat sana dalm mencapai keredhaanmu...Menuju Syurga yg Abadi Aminn Ya Rabbal Alamin🤲🏻*

Kerana tamak melayu bungkus

Luahan bekas anak "tokey" kilang padi Melayu Muslim

Aku tertarik dengan kempen memperkasakan produk melayu islam sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, orang melayu islam rata-rata "baru" mula sedar betapa pentingnya memperkuatkan ekonomi orang melayu kita. Boleh nampak kesan kempen memperkasakan produk muslim melayu ni di kedai dan hypermarket. Alhamdulillah, sambutan kempen ini telah mula menampakkan hasilnya. Aku tertarik dengan satu pautan gambar produk muslim bumiputera yang disharekan kepada aku.
Di sini, aku nak share satu item dalam beribu2 list produk muslim bumiputera yg di sharekan tu iaitu "beras" makanan ruji kita. Makanan ruji kita telah lama dimonopoli oleh kaum cina walaupun 99.9% petani ni adalah orang Melayu kita. Kita boleh beli beras jenama Faiza, produk Melayu tapi sedar ke tidak bahawa rantaian prosesnya (kilang padi) bagi mendapatkan beras tu sendiri dimonopoli oleh kaum cina. Pihak syarikat Faiza juga perlu beli beras dari pihak cina dalam bentuk pukal kerana kekurangan bekalan beras pukal tersebut.

Memandangkan keluarga aku memang turun-temurun dalam bidang ni, boleh katakan aku ni, anak "tokey" kilang padi la senang, membeli padi, memproses padi menjadi beras dan menjual beras. Tapi, sekarang tidak lagi, bisnes kilang padi turun-temurun ni, hancur dek kurangnya kesedaran memperkuatkan ekonomi melayu islam ni. Kalau la kempen ini sudah bermula 5 tahun dulu tentu masih bernyawa lagi kilang padi warisan keluarga aku.

Aku sharekan pengalaman aku untuk tatapan semua bagaimana boleh tumbangnya bisnes orang melayu kita dek monopoli kaum satu jenis tu. Di Semenanjung Malaysia ni, tahun 2005, kilang padi melayu bumiputera ni ada sekitar 35 buah kilang. Namun sekarang, di tahun 2019 ni, hanya tinggal 12 buah kilang bumiputera melayu sahaja yg tinggal beroperasi.Betul, hanya tinggal 12 buah sahaja kilang melayu. Aku listkan kilang melayu yang masih beroperasi:-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR

Masalah paling besar kilang-kilang Melayu ini adalah untuk mendapatkan bekalan padi. Pelik bunyi kalau aku kata kilang padi tapi padi tak ada di kilang. Isu ni berlaku di kilang padi orang melayu kita termasuk kilang keluarga aku. Kenapa tak ada padi ,haa ni aku cerita, terus terang aku cakap, 99.9% yang usahakan tanaman padi ni orang melayu kita, tapi bila nak dijual padi tu, padi tu dijual di kilang cina.

Keadaan ni berlaku disebabkan penawaran harga insentif/komisyen yg diberikan kilang cina kepada "driver/broker lori" yang angkut padi di sawah. Broker lori tu akan dapat "insentif/komisyen" dari kilang jika dihantar padi tu ke kilang. Lagi banyak padi yg dihantar lagi banyak insentif/komisyen yg dibolot oleh tuan lori ni padahal komisyen tu bukan petani yang dapat pun. Dan terus terang aku cakap, petani tidak kisah pun padi tu dijual di kilang mana asalkan dapat jual sahaja padi yg diusahakan tu. Disebabkan perkara ni lah yg menyebabkan tiada padi yg dijual ke kilang padi melayu bumiputera akibat komisyen yg dikejar. Padi yg diusahakn orang melayu, kebanyakkan dijual ke kilang padi cina.

Disebabkan perkara inilah, banyak kilang melayu bumiputera telah banyak tutup tak mampu beroperasi dek kekurangan bekalan padi. Apabila berlaku kekurangan padi di kilang melayu, kita orang melayu telah hilang kuasa pegangan ekonomi dalam item beras ni. Walaupun tanaman padi tu majoriti melayu kita yang usahakan tapi kilang proses padi menjadikan beras dipegang oleh kaum cina disebabkan oleh penjualan padi ke kilang cina.

Jadi, aku nak seru semua petani, anak-anak yang mak bapak petani, kenalan-kenalan dan kawan-kawan petani, kita mulakan "KEMPEN JUAL PADI DI KILANG PADI MELAYU BUMIPUTERA" bermula dari hari ini. Masih tidak terlambat lagi untuk gerakkan kesedaran ini agar ekonomi makanan ruji ni yg mmg diusahakan orang melayu kita ni dapat diselamatkan. Minta tolong arahkan driver lori/broker ni jual padi yang diusahakan di kilang melayu bumiputera kita. Kepada rakan-rakan kilang melayu bumiputera, kuatkan semangat dan teruskan bertahan  dan jangan mengaku kalah dalam jihad ni. Bagi sokongan kepada kilang-kilang melayu yang masih beroperasi ni agar kita boleh kuatkan ekonomi orang melayu kita. Harap sebarkan kepada semua.

Ikhlas dari :-
Bekas anak tokey kilang padi melayu bumiputera

Sekali lagi aku listkan senarai nama kilang padi orang melayu kita untuk kita gerakkan kempen kesedaran ini :-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR

Mintak tlg sharekn☝️

Copy & paste.

Sunday, 4 August 2019

Garmin

Tadi lari kat Presint 18 parkrun, Putrajaya kebetulan training status tu "peaking". So dapatlah PB 5km dengan catatan masa 26:41 before this tak silap 28:07. Before run hari ni (Sabtu), saya rest hari khamis (just gi gym under instructor supervision) dan Jumaat totally rest. So recovery memang 0 hour.

Then bangun pagi tadi status masih "productive". Sebelum parkrun saya warm up 2km dengan easy run. Amazingly, lepas tu status bertukar "peaking". Memang itu yang saya harapkan. Actually bangun pagi tadi pun dah mengharap "peaking" tapi tak kunjung. Nasib baik timbul juga selepas easy run. Kiranya physiological boost.

Then bila lari rasa selesa maybe sebab badan cukup rehat then training zon 2 yang mana improve pernafasan.

By the way tadi lepas parkrun, sempat bergambar dengan Edan Syah, ada le lebih kurang 40 anak buah beliau datang untuk sessi fitness test kat sana.

For info on training status.

Peaking
Peaking means that you are in ideal race condition. Your recently reduced training load is allowing your body to recover and fully compensate for earlier training. You should plan ahead, since this peak state can only be maintained for a short time.

Productive
Your current training load is moving your fitness level and performance in the right direction. You should plan recovery periods into your training to maintain your fitness level.

Maintaining
Your current training load is enough to maintain your fitness level. To see improvement, try adding more variety to your workouts or increasing your training volume.

Recovery
Your lighter training load is allowing your body to recover, which is essential during extended periods of hard training. You can return to a higher training load when you feel ready.

Unproductive
Your training load is at a good level, but your fitness is decreasing. Your body may be struggling to recover, so you should pay attention to your overall health including stress, nutrition, and rest.

Detraining
Detraining occurs when you are training much less than usual for a week or more, and it is affecting your fitness level. You can try increasing your training load to see improvement.

Overreaching
Your training load is very high and counterproductive. Your body needs a rest. You should give yourself time to recover by adding lighter training to your schedule.

No Status
The device needs one or two weeks of training history, including activities with VO2 max. results from running or cycling, to determine your training status.

Saturday, 18 May 2019

Angin Ahmar

*Angin Duduk*

Pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar.... dan Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin tersebut, maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:

Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SWT.

Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka menghilang sebentar, lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahawa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar..... walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....

Ertinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

Aamiin ya Rabbal'aalamiin

Saturday, 11 May 2019

Doa dalam bahasa melayu

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin3 ya rabbal'aa

Wednesday, 1 May 2019

Ucapan sebaik takziah..

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah buat sahabatku baikku Castello😔😔
‎بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Saturday, 20 April 2019

Mee kuah daging

*Mee kuah daging*
🍜🍜🍜🍜🍜🍜

*Bahan Kuah*
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 biji tomato
Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
Cili kering kisar
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging
Asam keping
1 tin tomato soup
Susu pekat
Garam
Gula
Ajinamoto
Sos cili

*cara2*
-dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus sekali kentang dan keledek
-agak2 kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend
-masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tadi, garam
5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili.
-agak2 dah mendidih balance dengan gula. Gula kena adjust sendiri
-biar mendidih

siap untuk dihidang 😊

Friday, 19 April 2019

Sang Singa Berkerusi Roda

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]

Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, tiga peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya.

Akibat dari peluru itu, jasadnya hancur. Kerusi roda yang dinaikinya turut musnah. Daging beliau yang bertaburan terpaksa dikutip satu demi satu dan dimasukkan ke dalam plastik.

Secara logiknya, siapa yang perlu takut dengan lelaki berkerusi roda yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan?

Melainkan pada sekujur tubuhnya ada kebenaran dan suara perjuangan. 🙂

Sesiapa sahaja yang mencari biodata dan pautan tentang Singa Palestin yang digeruni zionis laknatullah ini, pasti akan dihidangkan dengan beberapa pesanan beliau yang masyhur ketika hayatnya.

Dan pesanan ini seharusnya terus hidup di dalam hati para pemuda khususnya mereka yang mengimpikan kemenangan, baik di dunia mahupun di akhirat sana.

Pesanan beliau untuk kita,

1. Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepad Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.

2. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad SAW.

3. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

4. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.

Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah SWT dan memohon keampunan dariNya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tuadan menyayangi orang yg lebih muda.

5. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kepada Allah.

Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzikdan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

6. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.

Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

7. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.

Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

8. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakallah kepada Allah.

Buat jiwa yang lelah, moga dikurniakan pahala lillah.
Buat jiwa yang lemah, moga Allah jadikannya gagah.
Buat jiwa yang terasa susah, Allahlah yang berkuasa menjadikannya mudah.

Semoga pesanan ini melahirkan lebih ramai 'Syeikh Ahmad Yasin' abad ke 21.

Infiru wahai pemuda! ✊🏻

Nasi. Minyak

RESEPI NASI MINYAK SIMPLE

-  3  cawan beras basmathi
-  1/2 cawan margerin/planta
-  3 1/2 cawan air
-  1 cawan susu cair
-  2 kuntum bunga lawang
-  2 batang kulit kayu manis
-  3 biji buah pelaga
-  2 helai daun pandan
-   garam secukupnya
-  1 kuib stok ayam
-  Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

-  6 biji bawang merag
-  3 ulas bawang putih
-  1 cm halia

BAHAN HIASAN:

-  bawang goreng
-  daun bawang dihiris

CARA :

1.  Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2.  Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3.  Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4.  Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

                     -  DAGING BERIANI -

-  1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
-  1/2cawan minyak
-  1 cawan air
-  125 gm rempah beriani ( agak-agak )
-  2 tangkai daun ketumbar
-  sedikit garam
-  2 biji kentang dipotong 4
-  sedikit susu cair ( agak2 )
-  2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

-  7 biji bawang merah
-  5 ulas bawang putih
-  3 labu bawang besar
-  1 1/2 cm halia

CARA :

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2.  Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!          

kredit: angah izan

Wednesday, 17 April 2019

Ujub

*UJUB TANPA KITA SEDARI*

Assalammualaikumm sedikit perkongsian ........ UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

_*UJUB lain, RIAK lain*_

Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.

_Contoh:_

Kita solat tahajjud diam², takda siapa tahu,  dan kita tak cerita orang,  dgn harapan tiada riak, sbb kerana Allah. Tetapi,    dalam hati berkata², _"hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajjud, org lain tidurrr je..."_
👆🏽itulah ujub, walaupun org lain tak tahu, & tidak riak...

Penyakit UJUB  ni antara penyakit hati yg paling tersembunyi.

Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

•  Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.

• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.

•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.

•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan:

_"UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat"_

Muthrif rahimahullah telah berkata:

_“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”_

Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:

_“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”_

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

*Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:*

_"Apabila seorang lelaki  sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat  menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”_ *(HR Bukhari dan Muslim)*

_"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, hawa NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).”_ (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

_"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit  UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."_ (Syarh Arba’in)

Hanya tanpa sifat Ujub,  barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:

1. Byk² istighfar memohon ampun kpd Allah,  setiap kali terdetik kehebatan diri,

2. Mengganggap semuanya dr Allah jua,  dan

3. Berdoa mohon bantuan Allah.

Mari kita sama2 muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga Allah bantu kita mengikis penyakit Ujub. In Shaa Allah.

Saturday, 13 April 2019

Mee Jawa

MEE JAWA

Bahan-bahan:

1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng

Bahan untuk kuah:

4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak

Cara membuat:

1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.

Wednesday, 10 April 2019

Doa duduk antara dua sujud


*HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD*

*-ustaz abdullah khairi-*

▪ _*ROBIGHFIRLII*_
▪ _*WARHAMNII*_
▪ _*WAJBURNII*_
▪ _*WARFA'NII*_
▪ _*WARZUQNII*_
▪ _*WAHDINII*_
▪ _*WA'AAFINII*_
▪ _*WA'FUANNII*_

_Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”_

_Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut_

_Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari._

_Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :_

▪ _*ROBBIGHFIRLII*_
_*Wahai Tuhan ampunilah dosaku*, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan *اللّهُ*.  Dosa  adalah  kotoran hati yang membuat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan._

▪ _*WARRHAMNII*_
_*Sayangilah diriku*, kalau kita disayang *اللّه*ُ hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang *اللّه*ُ nafsu kita akan terbimbing dan terdidik_

▪ _*WAJBURNII*_
_*Tutup lah  segala  kekuranganku*, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki *اللّه*ُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya._

▪ _*WARFA'NII*_
_*Tinggikanlah darjatku*, kalau *اللّه*ُ sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita._

▪ _*WARZUQNII*_
_*Berikanlah  aku  rezki,* sebagai hamba *اللّه*ُ kita  memerlukan rezki, *اللّه*ُ mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya._

▪ _*WAHDINII*_
*_Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar_* Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah._

▪ _*WA'AAFINII*_
_*Berikan lah  aku  kesihatan*,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain._

▪ _*WA'FUANNII*_
_*Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan*._

_Dari do'a tersebut dimulakan dan diakhiri dengan mohon keampunan dari *الله* sehingga kita benar2 bersih dari dosa_.

_*Allah SWT* memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  *Rasulullah  SAW* mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh *Allah SWT.*_

         *..... Aamiin .....*

_*Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya ?*_

_Padahal  do'a tersebut *sangat hebat,* dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT._

   *Jika Baik dan Benar*
          Panjang2 kan
             *SEMOGA*
         *BERMANFAAT*

Sunday, 7 April 2019

Mandi berdoa

*MANDI untuk KESIHATAN terutama penyakit Angin   Ahmar.*

Amalkan   Setiap   Kali   Kita   Mandi ...
Mandi   Macam   Biasa  Dan  Pengakhirannya  Baca  :   *SALAMUN   QAULAM MIR   ROBBIR ROHIIM*   
*7 x   ( Tujuh   Kali )*
                ⬇⬇⬇
Baca  *1 x*  Dan  Jirus  Air  Di  Kepala ...

Baca  *3 x*  Dan  Jirus   Sabelah   Kanan   Seluruh   Anggota ...

Baca  *3 x*   Dan  Jirus   Sabelah   Kiri   Seluruh   Anggota ...

*In   shaa   Allah ...*
Di   JAUHKAN   Dari   Apa   Jua  PENYAKIT ...
Sakit   Angin   Ahmar   Juga   Mudah  Mudahan  Di    Jauhkan Dan  Yang Sedang   Sakit  Juga Sembuh   Pulih   Saperti    Biasa ...

Tabung haji 2

SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI

Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:

1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.

2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.

3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.

4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.

5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. 'NRV' paling agung atas dunia.

6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.

7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan 'piggy bank' pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.

Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.

8. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?

9. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.

10. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.

11. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi disebabkan dia ni diploma memasak pun tak boleh nak habis, saya malas nak perli. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya dipanggil orang sebagai khadam.

Amenda lagi tak faham?

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Tabung haji 1

Hari ini, portal MalaysiaKini memaparkan satu artikel bertajuk "Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?".

Penulis menyenaraikan beberapa penyebab.

Penulis memberi beberapa "bukti"  kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings sehingga kerugian RM670 juta dan TH membeli 30 peratus pemilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan kerugian RM144 juta.

FGV dibeli pada tahun 2012 iaitu 6 tahun dahulu. Kejatuhan nilai ataupun kerugian akan dinilai pada akhir setiap tahun dan telahpun diambil kira apabila mengira pemberian Hibah untuk setiap tahun-tahun itu - bukan hanya pada tahun 2018 sahaja.

Lagipun, FGV memberi dividen setiap tahun kerana mencatatkan keuntungan untuk tiap-tiap tahun sebelum tahun 2018. Akan tetapi, FGV mencatat kerugian untuk kali pertama pada tahun 2018 akibat kejatuhan harga sawit.

Ramunia pula dibeli oleh TH pada tahun 2006. Seperti FGV, kerugian ataupun susut nilai Ramunia juga telah diambil kira untuk tahun-tahun sebelumnya.

Begitu juga dengan Putrajaya Perdana yang juga membayar dividen sejak dibeli pada tahun 2014.

Oleh itu, tidak benar bahawa ketiga-tiga pelaburan di atas adalah sebab yang besar untuk Hibah tahun 2018 kerana pelaburan-pelaburan di atas sudah wujud sejak bertahun-tahun dahulu dan TH tetap membayar Hibah yang tinggi pada tahun-tahun berkenaan.

Sebarang tabung pelaburan akan ada pelaburan yang untung dan akan yang rugi. Ini fakta tak boleh disangkal.

Yang penting ialah pelaburan yang meraih keuntungan adalah lebih banyak dari pelaburan yang rugi.

Tetapi, jika hampir semua pelaburan-pelaburan TH jatuh nilai pada masa yang sama seperti yang berlaku tahun lepas apabila Bursa Malaysia turun 200 mata selepas PRU14, maka TH tentu akan menerima kesan.

Penulis juga menyebut program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

Yayasan Tabung Haji bukan Tabung Haji. Wang RM22 juta yang disebut itu bukan semua dari TH juga.

Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan UMNO, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017.

Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun.

Oleh itu, bagaimana pula RM7 juta duit zakat TH boleh mengakibatkan TH hanya mampu membayar Hibah 1.25%?

Penulis juga memberi satu lagi sebab iaitu laporan polis ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Pertama, bagaimana pula laporan tahun 2012 boleh memberi kesan kepada Hibah tahun 2018?

Kedua, laporan polis itu ialah di atas dakwaan penyembunyian maklumat dan bukan kerana TH mengalami kerugian kerana tindakan ini.

Ketiga, penjualan syarikat-syarikat itu tidak menyebabkan TH rugi tetapi memberi keuntungan  RM873 juta.

Sekali lagi, ini bukan satu sebab Hibah tahun 2018 rendah.

Lagipun, dua dari tiga laporan polis yang dipetik oleh penulis dibuat pada bulan November 2018 - iaitu 6 bulan dahulu manakala satu lagi ialah pada 3 bulan dahulu.

Sehingga kini, tidak ada sebarang dakwaan ataupun apa-apa kesalahan telah dibuktikan walaupun laporan polis telah lama dibuat.

Kalau setakat nak buat laporan polis sahaja bukan satu perkara yang susah atau membuktikan adanya kesalahan telah dilakukan.

Penulis akhirnya memberi sebab politik ekonomi dalam dan luar negara sebagai penyumbang kepada kerugian TH untuk tahun 2018.

Tetapi sebab-sebab yang diberi oleh beliau mengapa pasaran saham dan ekonomi negara menjunam selepas PRU14 tidak begitu logik.

Antaranya ialah simpanan persekutuan atau Federal Reserve Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya pada tahun 2018.

Sebenarnya, Amerika Syarikat sudah mula menaikkan kadar faedahnya sejak tahun 2016 selepas tamatnya program Quantiative Easing mereka.

Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada tiap-tiap tahun sejak tahun 2016 tetapi indeks Bursa Malaysia masih meningkat dan akibat itu, TH tetap memberi Hibah yang tinggi.

Begitu juga dengan sebab "Brexit" yang diberi oleh penulis. Isu "Brexit telah bermula pada tahun 2016 - bukan pada tahun 2018.

Boleh dikatakan bahawa impak Brexit kepada pasaran saham Malaysia adalah paling tinggi pada tahun 2016 tetapi ini bukan penghalang kepada TH memberi Hibah.

Apa yang tidak disebut oleh penulis ialah pada tahun 2017, indeks Bursa Malaysia meningkat 200 mata manakala pertumbuhan KDNK untuk tahun itu ialah 5.9%.

Tetapi Bursa Saham Malaysia jatuh 200 mata pada tahun 2018 dan menyebabkan kehilangan nilai RM270 bilion dalam pasaran saham Malaysia menakala pertumbuhan ekonomi kita jatuh kepada 4.7% pada ketika harga sawit juga jatuh teruk.

Itulah yang menyebabkan prestasi TH merosot teruk pada tahun 2018.

Satu contoh yang baik ialah syarikat TH Plantations Berhad yang merupakan antara pelaburan terbesar Tabung Haji.

TH Plantations mencatat kerugian RM678 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM61 juta pada tahun 2017.

Oleh itu, Tabung Haji tidak dapat sebarang dividen dari TH Plantation untuk tahun 2018 berbanding dividen 3.60 sen setiap saham pada tahun 2017.

Pada tempoh yang sama juga, harga saham TH Plantations jatuh dari RM1.15 pada akhir tahun 2017 kepada 48 sen pada akhir tahun 2018.

Ini juga telah memberi kerugian besar kepada Tabung Haji pada tahun lepas.

Pada pendapat saya, PH tidak perlu berusaha dan bersusah payah lagi untuk menyalahkan BN dan patut terimalah kenyataan bahawa sebab utama Hibah TH adalah paling rendah dalam sejarah untuk tahun 2018 ialah ekonomi negara dan Bursa Malaysia telah jatuh teruk selepas PRU14.

Kebanyakan yg menabung terdir

Lihatlah link dari Bloomberg ini: https://www.bloomberg.com/toaster/v2/charts/dd97647001174b1fb4fb77ac8f3e5c8a.html

Saturday, 6 April 2019

Petua ke hutan

Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam.
Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.

Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini

"Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau"

Jangan! Syirik hukumnya.

Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali

Setiap langkah di baca doa ini :

"Salamun a'la sulaiman fil a'lamin"

-Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.

***Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira dimana kita berada. Aminnn

Monday, 1 April 2019

Khasiat Al-quran penyembuh

Kene simpan ilmu ni baik2...

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Saturday, 30 March 2019

Kurma keluaran israel

JANGAN BELI KURMA JENAMA INI

Dr. Anang Saifuddin, MA Dosen UIN Antasari Bjm

Inilah daftar jenama kurma import asal Israel, negara ini membunuhi kaum Muslimin.

Harap berhati-hati agar tidak membeli kurma Israel, yang dijual dengan jenama dagang ini:

1. Bomaja
2. Carmel Agrexco
3. Delilah
4. Desert Diamond
5. Hadiklaim
6. Jordan Plains
7. Jordan River
8. King Solomon
9. Paradise Dates
10. Rapunzel
11. Red Sea
12. Royal Treasure
13. Shams
14. Tamara

#SEBARKAN

Doa untuk pejuang muslim palestin

Ya Hayyu Ya Qayyum,
Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.
janganlah Engkau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.
Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.
Jangan Engkau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”

Amin amin Ya Rabbal Alamin.
#prayforgaza

Friday, 29 March 2019

Rawatan tiriod

Amy merupakan bekas pesakit Thyroid  Cancer Stage 1. Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah S.W.T selepas bertarung selama hampir 2 tahun. Sememangnya benar dan terus amalkan. Semoga bermanfaat buat sahabat handai yg melaluinya.

PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil.

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

S U R A H  A L - F I L

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]

Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala 'alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja'alahum ka asyfim makkul (5)

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)

-------------------------

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.

Sunday, 17 March 2019

Doa musibah


“Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia mengucapkan
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Monday, 11 March 2019

Ayat pengasih



إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ

Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّى وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِىٓ

Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.




Friday, 1 March 2019

Diet 2 minggu

Dalam Masa 2 Minggu :


1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.


2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.


3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.


4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!


6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.


7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.


8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.


9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


 


Makanan Yang Diharamkan Dalam Masa 2 Minggu :


Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.


Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.


Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).


Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.


Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.


Kek, biskut dan semua produk bergandum.


Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.


Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.


Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.


Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.


Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).


Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


 


Boleh Makan:


1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.


2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.


3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.


4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.


5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.


6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.


7.) Air kosong, air mineral -minum 3 liter atau lebih sehari untuk elakkan sembelit dan melawaskan pembuangan toksin.


8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…


9.) Pizza? Makan topping sahaja.


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


 


JANGAN TINGGAL  MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM. MAKAN MALAM SEBAIKNYA SEBELUM JAM 6 MALAM.


p/s : JGN PONTENG MAKAN ye 🙂


 


CARB = KARBOHIDRAT


(JGN LEBIH DRPD 20 GRAMS CARB SEHARI KALAU NAK KURUS)


 


Contoh Menu Makan Yang Rendah Carb yang saya amalkan.


(Tapi yang paling penting,setiap masa saya boleh makan tau )


 


sarapan / Breakfast


1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)


2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)


3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)


4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)


 


Makan Tengahari / Malam


1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)


2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)


3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)


4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)


5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)


 


contoh kiraan carb dalam nasi.. (so anda tentukan sendiri,berapa banyak nasi yang anda nak makan )


Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.


Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.


Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Car


(meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


 




INGAT !!!


 Had 20 gram karbohidrat selama 2 minggu ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari).


Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.


Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa.


Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat.


Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan


Tuesday, 26 February 2019

Betul atau auta

http://dnews.fun/kecoh-nama-anwar-ibrahim-disenaraikan-secretary-freemason/

Sunday, 24 February 2019

Doa 2

“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku “.

“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”

“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”

“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”

Sunday, 17 February 2019

Purfume

Purfume halal.

“Ustaz, boleh tidak kita memakai purfume semasa solat?” kata salah seorang daripada peserta kursus.

“Saya menjawab kenapa”.

Balas peserta itu lagi “dalam purfume ada alkohol ustaz”.

........................

Itulah persoalan yang kerap ditanya mengenai penggunaan minyak wangi yang mengandungi alkohol.

Baiklah.

Apakah tujuan alkohol yang diletakkan di dalam minyak wangi?

Jom kita belajar bersama-sama.

Alkohol di dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.

Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Alkohol banyak digunakan sebagai pelarut dalam industri hari ini. (Ada juga digunakan sebagai penstabilan di dalam kordial minuman).

Alkohol ini berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi.

Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak pula adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia.

Oleh demikian, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Itulah berbezaan antara alkohol daripada minyak wangi dan arak.

Alkohol yang ada pada minyak wangi adalah bukan daripada arak kerana proses untuk membuat arak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Jika dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia, ia dapat menjimatkan kos dan masa.

Baiklah,

Bolehkah dibawa solat atau tidak boleh dibawa solat?

Jika kita menggunakan minyak wangi yang menggandungi alkohol (kimia) tetap sah untuk menunaikan solat dan ia tidak najis.

Maka isu minyak wangi tanpa alkohol tidak menjadi isu.

Ia hanyalah gimik orang yang menjual sahaja kerana tidak memahami perbezaan antara alkohol dengan arak.

Nota: Fatwa berhubung dengan alkohol.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

   - Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

   - Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

  -  Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

  - Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

  -  Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

   - Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

   - Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Baiklah.

Kesimpulannya, kita tidak perlu risau tentang isu minyak wangi yang mengandungi alkohol ini kerana alkohol yg digunakan di dalam minyak wangi adalah secara industri alkohol bukannya melalui proses fermentasi alkohol.

Nanti saya akan terangkan tentang TAPAI.

Sekian,
Aminurrashid

Sunday, 3 February 2019

Liberal dan sekular

Saya tengok ramai orang tak tahu apa maksud liberal dan apa kesan liberalism. Izinkan saya untuk berkongsi sedikit knowlege tentang LIBERAL.

== *Apa itu liberal?*==

Asalnya dari perkataan Latin iaitu *"liber"*.. Maksudnya *bebas atau bukan hamba*.

Konsep liberal ini adalah konsep dimana kita bebas buat apa yang kita suka asalkan tak kacau orang. Ini bahasa mudahnya.

== So what? Takkan tokleh bebas? ==

Haa.. Sekilas pandang kita rasa takde apa pun kan? Tapi liberal ni dia heavy kebebasan dia.

Dalam liberalism, dia punya bebas sampai kita bebas nak buat seks dengan sapa pun.. Sama jantina ke, adik beradik ke.. Lantak.. Nak amalkan agama apa? Ajaran sesat ke apa suka hati.

Bebas asal "tak kacau" orang.

Ada 2 prinsip liberal yang saya nak terangkan:

1. Liberalism Politik - Semua orang sama rata. Perundangan bebas tanpa dipengaruhi raja (taraf sosial) ataupun agama. Bebas. Ini akan bawa kepada sekular.

2. Liberalism Budaya - Bebas dalam hak peribadi seperti seks bebas, bebas agama dan pemahaman. Nak kawin dengan adik-beradik semua ok. Nak jadi pelacur? Gugur anak? Arak? Bebas semuanya.. Terpulang pada diri sendiri.

== Dari sudut Islam? ==

Liberal ni memang tak ngam dengan Islam. First dari istilah lagi, *"liber"* maksudnya *bebas atau bukan hamba.*.

Dalam Islam, kita semua adalah hamba. Hamba Allah. Jika kita mengaku kita bukan hamba Allah? Pandai lah fikir.. 😂

Dalam konsep Liberalism, agama Islam tiada kuasa dalam perundangan. Agama tu pergi lantak agama. Tak boleh kacau perundangan. Itu adalah Sekular.

Sekular membawa maksud kerajaan atau entiti yang wujud dipisahkan dari agama/kepercayaan.

So kalau negara kita amal liberal, kita sudah bukan negara Islam. Hanya negara Malaysia. Tiada kaitan dengan Islam.

== Dari sudut sosial? ==

First boleh nampak Liberal ni tak kisah nak seks bebas ke, LGBT ke.. incest ke.. Tak heran.. Sebab bebas.

Apa kesan kalau kita amalkan seks bebas? Selain dari penyakit boleh mengundang masalah sosial lain. Perlu ke saya nak terangkan tentang keburukan seks bebas?

Dalam liberal nak jadi pelacur tiada masalah. Bayangkan ada Coaching atau Seminar Pelacur nanti? Dah la orang kita rajin buat seminar.. 😛

Apa keburukan pelacuran, LGBT dan sebagainya? Fuhh sangat banyak. Masalah sosial akan bertimbun. Akan wujud legasi filem porno Malaysia. Banyak gadis akan hilang dara pada umur muda. Akan wujud banyak kes seludup perempuan untuk dijadikan pelacur dan pelakon porno.

Habis punah masyarakat. Ini yang berlaku di US. Liberal. Bebas. Siap ada yang buat seks tepi pantai, tepi jalan. Rata-rata masuk sekolah menengah dah hilang dara-teruna.

Dalam liberal tiada lagi istilah ajaran sesat. Terpulang orang nak ikut apa. Ayah Pin ke, ayah pon ke.. Bebas.. Sebab tu kat US banyak Cult pelik-pelik.

== Inilah Liberal ==

Post ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang liberal kerana saya nampak masih ramai yang tak faham tentang liberal.

Ada yang kata "Owh, saya liberal part ni je, bukan liberal semua".. Tak boleh guna pendekatan begitu sebab bila agree dengan liberal bermaksud kita join pemahaman liberalism.

*Contohnya saya orang Islam. Dan ada perkara dalam agama Kristian ycang menyuruh berbuat baik.. Jika saya buat baik, adakah saya kata agama saya Kristian?* Tidak.. Sebab tak boleh ambil suku-suku kemudian kita claim kita kelompok itu.

Saya harap kawan-kawan saya tidak main balun je sokong Liberal. Fahami dulu. Lagi-lagi yang muslim. Takut terpesong je..

#beranibuat

Wednesday, 30 January 2019

Doa murah rezeki

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا

وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ

وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ

آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ،

وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ

فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ

عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Friday, 25 January 2019

Bsh

untuk semakan bsh untuk bayaran fasa 1 RM300 klik link ni https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx nnti akan ada nombor TAC yg dihantar ke telefon yg didaftar taun lepas.. selamat menyemak..
**sekiranya tiada dalam rekod @ no tac tak dapat sila telefon 1-800-88-2747

Thursday, 24 January 2019

Doa pilihan

Bismillahirrohmanirrohim
*DO'A PILIHAN*

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*

*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*

Do'a keselamatan dari kematian mendadak.
Di riwayat kan dari Rasulallah SAW, bahwasanya Allah Subhana Wa Ta'alla  berfirman:
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,*

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:*

*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.

*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.

*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.

*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.

*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.

*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.

*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan Raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*

لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,*
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illallahul kabiirul mutta 'aal*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu muslimuun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu kanituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaahaillallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu shabiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illallaahu Muhammadar rasuulullah,*
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar rahimiin,*
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allahumma shalli 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa shallaita 'alaa Ibrahiim wa ali Ib'rahiim innaaka hamiidum majiid,*
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
*Wa baarik 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa barakta 'alaa Ibrahiim wa ali Ibrahiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada *Baginda Muhammad SAW* dalam buku catatan amal anda dengan izin *Allah Subhana Wa Ta'alla*