Purfume halal.
“Ustaz, boleh tidak kita memakai purfume semasa solat?” kata salah seorang daripada peserta kursus.
“Saya menjawab kenapa”.
Balas peserta itu lagi “dalam purfume ada alkohol ustaz”.
........................
Itulah persoalan yang kerap ditanya mengenai penggunaan minyak wangi yang mengandungi alkohol.
Baiklah.
Apakah tujuan alkohol yang diletakkan di dalam minyak wangi?
Jom kita belajar bersama-sama.
Alkohol di dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.
Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Alkohol banyak digunakan sebagai pelarut dalam industri hari ini. (Ada juga digunakan sebagai penstabilan di dalam kordial minuman).
Alkohol ini berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi.
Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak pula adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia.
Oleh demikian, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.
Itulah berbezaan antara alkohol daripada minyak wangi dan arak.
Alkohol yang ada pada minyak wangi adalah bukan daripada arak kerana proses untuk membuat arak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Jika dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia, ia dapat menjimatkan kos dan masa.
Baiklah,
Bolehkah dibawa solat atau tidak boleh dibawa solat?
Jika kita menggunakan minyak wangi yang menggandungi alkohol (kimia) tetap sah untuk menunaikan solat dan ia tidak najis.
Maka isu minyak wangi tanpa alkohol tidak menjadi isu.
Ia hanyalah gimik orang yang menjual sahaja kerana tidak memahami perbezaan antara alkohol dengan arak.
Nota: Fatwa berhubung dengan alkohol.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
- Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Baiklah.
Kesimpulannya, kita tidak perlu risau tentang isu minyak wangi yang mengandungi alkohol ini kerana alkohol yg digunakan di dalam minyak wangi adalah secara industri alkohol bukannya melalui proses fermentasi alkohol.
Nanti saya akan terangkan tentang TAPAI.
Sekian,
Aminurrashid
No comments:
Post a Comment