http://dnews.fun/kecoh-nama-anwar-ibrahim-disenaraikan-secretary-freemason/
Tuesday, 26 February 2019
Sunday, 24 February 2019
Doa 2
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku “.
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”
“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”
Sunday, 17 February 2019
Purfume
Purfume halal.
“Ustaz, boleh tidak kita memakai purfume semasa solat?” kata salah seorang daripada peserta kursus.
“Saya menjawab kenapa”.
Balas peserta itu lagi “dalam purfume ada alkohol ustaz”.
........................
Itulah persoalan yang kerap ditanya mengenai penggunaan minyak wangi yang mengandungi alkohol.
Baiklah.
Apakah tujuan alkohol yang diletakkan di dalam minyak wangi?
Jom kita belajar bersama-sama.
Alkohol di dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.
Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Alkohol banyak digunakan sebagai pelarut dalam industri hari ini. (Ada juga digunakan sebagai penstabilan di dalam kordial minuman).
Alkohol ini berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi.
Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak pula adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia.
Oleh demikian, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.
Itulah berbezaan antara alkohol daripada minyak wangi dan arak.
Alkohol yang ada pada minyak wangi adalah bukan daripada arak kerana proses untuk membuat arak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Jika dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia, ia dapat menjimatkan kos dan masa.
Baiklah,
Bolehkah dibawa solat atau tidak boleh dibawa solat?
Jika kita menggunakan minyak wangi yang menggandungi alkohol (kimia) tetap sah untuk menunaikan solat dan ia tidak najis.
Maka isu minyak wangi tanpa alkohol tidak menjadi isu.
Ia hanyalah gimik orang yang menjual sahaja kerana tidak memahami perbezaan antara alkohol dengan arak.
Nota: Fatwa berhubung dengan alkohol.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
- Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Baiklah.
Kesimpulannya, kita tidak perlu risau tentang isu minyak wangi yang mengandungi alkohol ini kerana alkohol yg digunakan di dalam minyak wangi adalah secara industri alkohol bukannya melalui proses fermentasi alkohol.
Nanti saya akan terangkan tentang TAPAI.
Sekian,
Aminurrashid
Sunday, 3 February 2019
Liberal dan sekular
Saya tengok ramai orang tak tahu apa maksud liberal dan apa kesan liberalism. Izinkan saya untuk berkongsi sedikit knowlege tentang LIBERAL.
== *Apa itu liberal?*==
Asalnya dari perkataan Latin iaitu *"liber"*.. Maksudnya *bebas atau bukan hamba*.
Konsep liberal ini adalah konsep dimana kita bebas buat apa yang kita suka asalkan tak kacau orang. Ini bahasa mudahnya.
== So what? Takkan tokleh bebas? ==
Haa.. Sekilas pandang kita rasa takde apa pun kan? Tapi liberal ni dia heavy kebebasan dia.
Dalam liberalism, dia punya bebas sampai kita bebas nak buat seks dengan sapa pun.. Sama jantina ke, adik beradik ke.. Lantak.. Nak amalkan agama apa? Ajaran sesat ke apa suka hati.
Bebas asal "tak kacau" orang.
Ada 2 prinsip liberal yang saya nak terangkan:
1. Liberalism Politik - Semua orang sama rata. Perundangan bebas tanpa dipengaruhi raja (taraf sosial) ataupun agama. Bebas. Ini akan bawa kepada sekular.
2. Liberalism Budaya - Bebas dalam hak peribadi seperti seks bebas, bebas agama dan pemahaman. Nak kawin dengan adik-beradik semua ok. Nak jadi pelacur? Gugur anak? Arak? Bebas semuanya.. Terpulang pada diri sendiri.
== Dari sudut Islam? ==
Liberal ni memang tak ngam dengan Islam. First dari istilah lagi, *"liber"* maksudnya *bebas atau bukan hamba.*.
Dalam Islam, kita semua adalah hamba. Hamba Allah. Jika kita mengaku kita bukan hamba Allah? Pandai lah fikir.. 😂
Dalam konsep Liberalism, agama Islam tiada kuasa dalam perundangan. Agama tu pergi lantak agama. Tak boleh kacau perundangan. Itu adalah Sekular.
Sekular membawa maksud kerajaan atau entiti yang wujud dipisahkan dari agama/kepercayaan.
So kalau negara kita amal liberal, kita sudah bukan negara Islam. Hanya negara Malaysia. Tiada kaitan dengan Islam.
== Dari sudut sosial? ==
First boleh nampak Liberal ni tak kisah nak seks bebas ke, LGBT ke.. incest ke.. Tak heran.. Sebab bebas.
Apa kesan kalau kita amalkan seks bebas? Selain dari penyakit boleh mengundang masalah sosial lain. Perlu ke saya nak terangkan tentang keburukan seks bebas?
Dalam liberal nak jadi pelacur tiada masalah. Bayangkan ada Coaching atau Seminar Pelacur nanti? Dah la orang kita rajin buat seminar.. 😛
Apa keburukan pelacuran, LGBT dan sebagainya? Fuhh sangat banyak. Masalah sosial akan bertimbun. Akan wujud legasi filem porno Malaysia. Banyak gadis akan hilang dara pada umur muda. Akan wujud banyak kes seludup perempuan untuk dijadikan pelacur dan pelakon porno.
Habis punah masyarakat. Ini yang berlaku di US. Liberal. Bebas. Siap ada yang buat seks tepi pantai, tepi jalan. Rata-rata masuk sekolah menengah dah hilang dara-teruna.
Dalam liberal tiada lagi istilah ajaran sesat. Terpulang orang nak ikut apa. Ayah Pin ke, ayah pon ke.. Bebas.. Sebab tu kat US banyak Cult pelik-pelik.
== Inilah Liberal ==
Post ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang liberal kerana saya nampak masih ramai yang tak faham tentang liberal.
Ada yang kata "Owh, saya liberal part ni je, bukan liberal semua".. Tak boleh guna pendekatan begitu sebab bila agree dengan liberal bermaksud kita join pemahaman liberalism.
*Contohnya saya orang Islam. Dan ada perkara dalam agama Kristian ycang menyuruh berbuat baik.. Jika saya buat baik, adakah saya kata agama saya Kristian?* Tidak.. Sebab tak boleh ambil suku-suku kemudian kita claim kita kelompok itu.
Saya harap kawan-kawan saya tidak main balun je sokong Liberal. Fahami dulu. Lagi-lagi yang muslim. Takut terpesong je..
#beranibuat