Tuesday, 17 June 2014

Cinta seorang askar

Cinta Seorang Askar
Satu hari,seorang lelaki telah jatuh cinta kepada
seorang perempuan.
Tetapi lelaki itu berasal daripada keluarga yang
sangat miskin.Ibubapa perempuan itu tidak
bersetuju dengan hubungan mereka berdua.
Jadi,lelaki itu memutuskan yang dia harus
memikat dan memenangi hati ibubapa
perempuan itu juga.Dari masa ke
semasa,ibubapa perempuan itu telah sedar yang
lelaki itu adalah orang yang penyayang,budi
man,baik hati dan amat sesuai sekali bersama
dengan anak perempuan mereka.
Tetapi ada lagi satu masalah yang lain,lelaki itu
adalah seorang askar.Tidak lama lagi,peperangan
akan tercetus di negara jiran,dan dia akan
dihantar ke sana selama setahun.Seminggu
sebelum pemergian dia,dia bertemu dengan
buah hatinya itu dan berlutut di hadapannya
"Sudikah kamu mengahwini aku?" Si Perempuan
sangat terharu dilinangi dengan air mata dan
bersetuju.
Mereka pun bertunang,dan bersetuju dan berjanji
apabila si Lelaki pulang dari negara jiran selepas
setahun berkhidmat,mereka akan berkahwin.
Malangnya satu tragedi buruk berlaku,beberapa
hari selepas pemergian si Lelaki, Perempuan itu
mengalami kecederaan yang teruk dalam satu
kemalangan terutamanya sekali di bahagian
mukanya.Apabila dia bangun dari katil di sebuah
hospital,dia ternampak kedua orang tuanya
menangis teresak-esak.Dia tahu ada sesuatu
yang buruk telah berlaku ke atas
dirinya.Akhirnya dia mengetahui bahawa otaknya
telah cedera teruk.Separuh daripada saraf
otaknya yang mengawal otot mukanya telah
rosak.Rupanya yang menawan sebelum ini telah
menjadi begitu hodoh sekali.Dia menangis
teresak-esak apabila melihat mukanya di hadapan
cermin.
Kemarin,saya seorang menawan,hari ini rupa
saya tidak ubah seperti "MOnster!!"
Badanya juga penuh luka-luka yang agak hodoh.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpisah
dengan tunangnya(lelaki itu).Dia tahu yang lelaki
itu sudah tidak mahu bersama dengannya.Dia
terpaksa melupakan lelaki itu dan tidak akan
berjumpa dengannya lagi.
Dalam setahun itu,si lelaki selalu mengutuskan
surat kepada perempuan itu,tapi tiada satu pun
surat yang dibalas.Dia cuba menghubungi
perempuan itu juga tetapi panggilan langsung
tidak dijawab ataupun mendapat panggilan
semula.
Genap setahun,si Ibu perempuan itu masuk ke
dalam biliknya dan berkata "dia sudah kembali
dari peperangan"
Perempuan itu terkejut "Oh tidak Ibu.tolong
beritahu kepadanya tentang diri saya ini,katakan
padanya yang saya tidak ada di sini!!"
Si ibu tersenyum dan berkata lagi "tidak lama dia
akan berkahwin " sambil menyerahkan kad
jemputan kahwin milik lelaki itu kepada si
Perempuan.
Begitu sayu sekali si Perempuan apabila melihat
kad jemputan tersebut.Dia masih cintakan lelaki
itu,tapi dia terpaksa melupakan dia.
Dengan perasaan yang kecewa dan sedih,dia
membuka dan melihat isi kandungan kad
jemputan kahwin itu.
Dan dia ternampak Nama dirinya tertulis di
dalamnya
Keliru sekali dan terus bertanya kepada ibunya
"Apa ini semua ibu?"
Saat itu Si lelaki masuk ke dalam biliknya dengan
sejambak bunga dan terus berlutut di hadapan
perempuan itu.
"Sudikah kamu mengahwini aku?"
Si Perempuan terus menutup mukanya dan
berkata "tetapi saya Hodoh!!"
Lelaki itu tersenyum dan terus mengambil tangan
si perempuan yang menutup mukanya dan
berkata
"tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kamu,ibu
kamu telah menghantar gambar-gambar kamu
dalam tahun ini dan saya sudah tahu apa yang
berlaku.Bila saya nampak rupa kamu di
dalam,saya sedar tiada yang berubah langsung
sama sekali,Kamu masih lagi seorang perempuan
yang telah membuat hati saya jatuh cinta pada
kamu sejak dulu lagi.Kamu tetap cantik dan
menawan walau apapun yang telah terjadi.Sebab
saya sangat mencintai dan menyayangi kamu!!"
Si Ibu hanya berdiri di situ memandang mereka
berdua dengan perasaan yang terharu dan
gembira dan dilinangi dengan air mata
Moral of the Story? Kamurang decide ...btw sweet cter ni..hehe 
Copy paste#

Sunday, 15 June 2014

Sifat2 terpuji

★ Di Mana Letaknya Kehenseman Seorang Lelaki          Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-    

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.  
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.      
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.   
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.         
5) Lelaki yang baik sangka.   
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.          Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki 

Dan dimana Kegagahan Wanita???          Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada          kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :- 

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.  
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.   
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.  
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada          pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.         

Sabda Rasulullah SAW :          sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat  Surah Al-Ahzab : Ayat 71          nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. 

Saturday, 14 June 2014

Toneexcell jana pendapatan

Assalamualaikum
28 SEBAB PERLU BERTUKAR dr TELCO SEDIA ADA ke TUNETALK TONEEXCEL
1. Anda boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada,blacklist pun bole..xdehal..
2. Tiada had masa - boleh buat cepat atau perlahan
3. Anda boleh menaja tanpa had
4. Bonus dibayar 3 kali sebulan (11hb, 21hb, 31hb)
5. Tiada produk untuk dijual
6. Anda boleh memiliki beberapa akaun (maksima hingga 10 akaun)
7. Tak perlu ingatkan rakan di dalam network utk top up sebab memang mereka selalu topup
8. Tak perlu beli stok yang banyak
9. Penyelenggaraan rendah- RM20/bulan sahaja
10.Kos rendah untuk memulakan perniagaan
11.Pasaran meluas (37 juta pengguna telefon bimbit*
12.Produk yang diperlukan hampir semua orang
13.Umur 12 tahun pun boleh turut serta
14.Terbuka kepada bukan warganegara yang memiliki passport
15.Satu cara mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif seumur hidup
16.Dapat P.A insurans 100k
17.Dapat point bole tukar ke tiket airsia,hp,diskaun tune hotel
18.Lucky draw setiap minggu/bulan
19.Bonus 2 bulan sekali dan setahun sekali
20.Bonus Umrah(muslim) dan Percutian(non muslim)
21.Bonus Sponsor paling tinggi dan Bonus Topup paling tinggi
22.Income bole diwarisi sampai bila2 selagi simkad aktif
23.Ikut coverage celcom,dimana ada celcom disitu ada tunetalk
24.Bole topup dimana saje sama dengan telco yg lain
25.Bole buat call/sms/internet(data plan)
26.Diiktiraf oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM)
27.Menjadi biz partner sykt2 besar spt Stesen2 minyak,Bank2,7e,Giant,Tesco dll
28.Dimiliki oleh sebuah syarikat yang sangat kukuh iaitu TuneGroup.com
whatsapp 0194173526

Wednesday, 11 June 2014

Ayah

APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ... ..   

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari.....
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya," Telefon Kah Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja..."

Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita....Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak"Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk m
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

Selamat Hari Ayah
Moga diberkati hidup dunia n akhirat

Monday, 9 June 2014

Doa kesejahteraan

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧَّﺎ ﻧَﺴْﺄﻟُﻚَ ﺍْﻟﻌَﻔْﻮَ ﻭَﺍْﻟﻌَﺎﻓِﻴَﺔَ ﻭَﺍْﻟﻤُﻌﺎَﻓَﺔَ ﺍﻟَّﺪﺍﺋِﻤَﺔَ ﻓﻰِ ﺍﻟِّﻴْﻦِ ﻭ
ﺍﻟﺪُّﻧْﻴﺎَ ﻭﺍﻷﺧِﺮَﺓِ
Allahumma inaa nas-alukal ‘afwa wal ‘aafiyata wal
mu’aafatad daaimata fid diini wad dun-yaa wal
aakhirati.
Ya Allah kami mohon kepadaMu ampunan dan
‘aafiyat, kesejahteraan selamanya dalam agama,
dunia dan akhirat. 

Racun fikiran

8 Tips kpda wanita yg prtma kali "MELAKUKANNYA"

1.Baringlah dgn tenang,wlaupun kmu merasa tegang & gementar    
 
2.Si dia akan bertnya.Apakh kmu merasa takut?Gelengkan kpla dgn pnuh keberanian       
 
3.Bila dia memsukan snjatanya,mgkin time tu suhu bdan akan naik,tpi yakinlah bhwa dia akan buat dgn lmbut.

4.Dia akan memndang mata anda dlm2,dan meminta supaya anda prcaya kpdanya.Jgn takut,krna dia tahu apa yg dia buat      
  
5.Senyuman yg mesra dpt membantu anda utk lbih relax.Dia akan menyuruh anda buka dgn lbih luas lagi,supaya senjatanya lbih snang msuk kedlm 
       
6.Dia akan brtnya.Apakah anda merasa sakit? Walaupun kluar air mata,tetaplah gelengkan kepala dan sebaiknya suru dia teruskan..         

7.Setelah beberapa saat,anda akan merasa 1 kelegaan yg luar biasa,wlaupun anda sda kehilangan sesuatu yg slma ini anda jaga.Dia pun menarik senjatanya keluar.Dan dia memuji betapa hebatnya anda.        

8.Balaslah senyumannya dan ikhlaskan lah,kerana inilah pengalaman pertama kali mencabut gigi.. Apa yg korang fkir tdi ar..snyum2 sndiri ar.. Hahahaa.. nha,,tk nk kena sndri kn... copypaste laaa..... 

Wednesday, 4 June 2014

Tazkhirah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 7 S'ban 1435H)
Lawan Sifat Tawaduk, Sombong !

Kenapa sombong dengan Allah SWT ? Sedangkan wujudnya kita kerana Dia. Kita tak layak pun untuk sombong kerana kita tidak punya apa-apa. Jasad dan roh yang ada pada diri kita ini pun milik Allah. Jadi jangan sombong untuk letakkan dahi sama rata dengan muka bumi Allah, ingat ! Iblis terkeluar dari Syurga adalah kerana sifat sombong inilah...

PENCERAHAN :
Sombong atau istilah bahasa Arabnya Al-Bathar, dalam kamus Lisan Al Arab dikatakan, bahawa erti dari kata Bathar sama dengan Tabakhtur (takabur). uk.Ada juga yang mengatakan erti sombong ialah ketika mendapat nikmat atau sombong kerana kaya. Orang yang sombong bererti tidak mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Angkuh adalah adik-beradiknya...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah itu maha indah dan suka pada keindahan. Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” (HR : Muslim)

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud;
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikan-Nya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu, orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” (HR : Muslim)

Allah S.W.T telah berfirman;

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِين

“Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.” (QS. Al-Qasas : 83)

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَال
ٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(QS. Luqman : 18)

uk.Penjelasan hadis dan ayat-ayat Al-Quran di atas menegaskan bahawa Allah 'dont like' orang-orang yang sombong. Mungkin memang kita tidak sombong cuma... Cuba renung-renungkan beberapa soalan di bawah ;

1. Tanyalah pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?
2. Tanya pada roh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan?
3. Tanya pada jasad, kenapa hanya ingat dunia ketika dalam gembira?
4. Tanya pada roh, kenapa mencintai dunia ketika imdalam gembira?
5. Kenapa bibir lancar menyebut kalam Allah bila kita benar-benar memerlukan pertolongan-Nya?

Tapi, bila Dia sudah mengurniakan pertolongan-Nya, di manakah suara kita itu? Kitab-Nya pun kita sering tinggalkan hanya tetap di atas para, suci dalam debu !. Kita sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata. Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.

KESIMPULAN :
Apakah ALLAH hanya wujud di saat kita kesusahan?
Apakah ALLAH hanya diperlukan saat kita terluka?
Apakah ALLAH hanya di ingatan saat kita sendirian?
Selain itu kita tak ingat pun kepada-Nya. Sombongkah kita? Wallahu a'lam - Jadilah macam Panda tak sombong, 1 Malaysia kenal dia ! Ukay's.