السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 7 S'ban 1435H)
Lawan Sifat Tawaduk, Sombong !
Kenapa sombong dengan Allah SWT ? Sedangkan wujudnya kita kerana Dia. Kita tak layak pun untuk sombong kerana kita tidak punya apa-apa. Jasad dan roh yang ada pada diri kita ini pun milik Allah. Jadi jangan sombong untuk letakkan dahi sama rata dengan muka bumi Allah, ingat ! Iblis terkeluar dari Syurga adalah kerana sifat sombong inilah...
PENCERAHAN :
Sombong atau istilah bahasa Arabnya Al-Bathar, dalam kamus Lisan Al Arab dikatakan, bahawa erti dari kata Bathar sama dengan Tabakhtur (takabur). uk.Ada juga yang mengatakan erti sombong ialah ketika mendapat nikmat atau sombong kerana kaya. Orang yang sombong bererti tidak mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Angkuh adalah adik-beradiknya...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah itu maha indah dan suka pada keindahan. Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” (HR : Muslim)
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud;
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikan-Nya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu, orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” (HR : Muslim)
Allah S.W.T telah berfirman;
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِين
“Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.” (QS. Al-Qasas : 83)
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَال
ٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(QS. Luqman : 18)
uk.Penjelasan hadis dan ayat-ayat Al-Quran di atas menegaskan bahawa Allah 'dont like' orang-orang yang sombong. Mungkin memang kita tidak sombong cuma... Cuba renung-renungkan beberapa soalan di bawah ;
1. Tanyalah pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?
2. Tanya pada roh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan?
3. Tanya pada jasad, kenapa hanya ingat dunia ketika dalam gembira?
4. Tanya pada roh, kenapa mencintai dunia ketika imdalam gembira?
5. Kenapa bibir lancar menyebut kalam Allah bila kita benar-benar memerlukan pertolongan-Nya?
Tapi, bila Dia sudah mengurniakan pertolongan-Nya, di manakah suara kita itu? Kitab-Nya pun kita sering tinggalkan hanya tetap di atas para, suci dalam debu !. Kita sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata. Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.
KESIMPULAN :
Apakah ALLAH hanya wujud di saat kita kesusahan?
Apakah ALLAH hanya diperlukan saat kita terluka?
Apakah ALLAH hanya di ingatan saat kita sendirian?
Selain itu kita tak ingat pun kepada-Nya. Sombongkah kita? Wallahu a'lam - Jadilah macam Panda tak sombong, 1 Malaysia kenal dia ! Ukay's.
No comments:
Post a Comment