Tuesday, 17 June 2014

Cinta seorang askar

Cinta Seorang Askar
Satu hari,seorang lelaki telah jatuh cinta kepada
seorang perempuan.
Tetapi lelaki itu berasal daripada keluarga yang
sangat miskin.Ibubapa perempuan itu tidak
bersetuju dengan hubungan mereka berdua.
Jadi,lelaki itu memutuskan yang dia harus
memikat dan memenangi hati ibubapa
perempuan itu juga.Dari masa ke
semasa,ibubapa perempuan itu telah sedar yang
lelaki itu adalah orang yang penyayang,budi
man,baik hati dan amat sesuai sekali bersama
dengan anak perempuan mereka.
Tetapi ada lagi satu masalah yang lain,lelaki itu
adalah seorang askar.Tidak lama lagi,peperangan
akan tercetus di negara jiran,dan dia akan
dihantar ke sana selama setahun.Seminggu
sebelum pemergian dia,dia bertemu dengan
buah hatinya itu dan berlutut di hadapannya
"Sudikah kamu mengahwini aku?" Si Perempuan
sangat terharu dilinangi dengan air mata dan
bersetuju.
Mereka pun bertunang,dan bersetuju dan berjanji
apabila si Lelaki pulang dari negara jiran selepas
setahun berkhidmat,mereka akan berkahwin.
Malangnya satu tragedi buruk berlaku,beberapa
hari selepas pemergian si Lelaki, Perempuan itu
mengalami kecederaan yang teruk dalam satu
kemalangan terutamanya sekali di bahagian
mukanya.Apabila dia bangun dari katil di sebuah
hospital,dia ternampak kedua orang tuanya
menangis teresak-esak.Dia tahu ada sesuatu
yang buruk telah berlaku ke atas
dirinya.Akhirnya dia mengetahui bahawa otaknya
telah cedera teruk.Separuh daripada saraf
otaknya yang mengawal otot mukanya telah
rosak.Rupanya yang menawan sebelum ini telah
menjadi begitu hodoh sekali.Dia menangis
teresak-esak apabila melihat mukanya di hadapan
cermin.
Kemarin,saya seorang menawan,hari ini rupa
saya tidak ubah seperti "MOnster!!"
Badanya juga penuh luka-luka yang agak hodoh.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpisah
dengan tunangnya(lelaki itu).Dia tahu yang lelaki
itu sudah tidak mahu bersama dengannya.Dia
terpaksa melupakan lelaki itu dan tidak akan
berjumpa dengannya lagi.
Dalam setahun itu,si lelaki selalu mengutuskan
surat kepada perempuan itu,tapi tiada satu pun
surat yang dibalas.Dia cuba menghubungi
perempuan itu juga tetapi panggilan langsung
tidak dijawab ataupun mendapat panggilan
semula.
Genap setahun,si Ibu perempuan itu masuk ke
dalam biliknya dan berkata "dia sudah kembali
dari peperangan"
Perempuan itu terkejut "Oh tidak Ibu.tolong
beritahu kepadanya tentang diri saya ini,katakan
padanya yang saya tidak ada di sini!!"
Si ibu tersenyum dan berkata lagi "tidak lama dia
akan berkahwin " sambil menyerahkan kad
jemputan kahwin milik lelaki itu kepada si
Perempuan.
Begitu sayu sekali si Perempuan apabila melihat
kad jemputan tersebut.Dia masih cintakan lelaki
itu,tapi dia terpaksa melupakan dia.
Dengan perasaan yang kecewa dan sedih,dia
membuka dan melihat isi kandungan kad
jemputan kahwin itu.
Dan dia ternampak Nama dirinya tertulis di
dalamnya
Keliru sekali dan terus bertanya kepada ibunya
"Apa ini semua ibu?"
Saat itu Si lelaki masuk ke dalam biliknya dengan
sejambak bunga dan terus berlutut di hadapan
perempuan itu.
"Sudikah kamu mengahwini aku?"
Si Perempuan terus menutup mukanya dan
berkata "tetapi saya Hodoh!!"
Lelaki itu tersenyum dan terus mengambil tangan
si perempuan yang menutup mukanya dan
berkata
"tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kamu,ibu
kamu telah menghantar gambar-gambar kamu
dalam tahun ini dan saya sudah tahu apa yang
berlaku.Bila saya nampak rupa kamu di
dalam,saya sedar tiada yang berubah langsung
sama sekali,Kamu masih lagi seorang perempuan
yang telah membuat hati saya jatuh cinta pada
kamu sejak dulu lagi.Kamu tetap cantik dan
menawan walau apapun yang telah terjadi.Sebab
saya sangat mencintai dan menyayangi kamu!!"
Si Ibu hanya berdiri di situ memandang mereka
berdua dengan perasaan yang terharu dan
gembira dan dilinangi dengan air mata
Moral of the Story? Kamurang decide ...btw sweet cter ni..hehe 
Copy paste#

No comments:

Post a Comment