Air mineral adalah minuman yang boleh menyembuhkan hampir semua masalah kesihatan anda. Kerana air putih merupakan cairan yang sangat mudah diserap oleh tubuh. Itulah sebabnya minum air kosong saat perut anda kosong (terutamanya selepas bangun dari tidur) mampu memberikan manfaat besar untuk kesihatan tubuh anda secara menyeluruh.
Menurut beberapa kajian kesihatan, waktu pagi adalah waktu yang normal untuk membuang air besar. Namun, jika anda merasa sebarang kesulitan, perbanyakkan meminum air kosong saat anda bangun tidur. Ini adalah kerana air kosong akan mendorang pengeluaran semua kotoran dalam badan anda.
Air kosong yang anda minum berfungsi untuk mengeluarkan racun dan toksin dari dalam badan anda. Hal ini akan menjadi lebih mujarab jika anda meminum air kosong disaat perut anda masih belum terisi.
Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Namun ada kalanya, anda tidak akan merasa lapar di pagi hari. Penyelesaiannya? Minumlah air kosong selepas anda bangun dari tidur. Kerana ianya akan membuatkan anda merasa lapar di pagi hari.
Sering sakit kepala ketika bangun dari tidur? Itu mungkin tanda dehidrasi. Segeralah meminum air kosong untuk meredakannya.
Usus anda juga perlu dibersihkan. Dan cara yang paling efektif adalah dengan meminum air kosong seawal yang mungkin di pagi hari.
Minum air kosong, terutama air suam di pagi hari bermanfaat untuk meningkatkan sistem metabolisma. Hal ini bermaksud tubuh anda memiliki kemampuan untuk menyerap dan mencerna makanan dengan lebih cepat, sehingga tidak akan mengakibatkan kegemukan.
Minum air kosong disaat perut kosong mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah lebih cepat. Hasilnya? Anda akan menjadi lebih bertenaga.
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, hal pertama yang anda harus lakukan adalah dengan meminum banyak air kosong di pagi hari. Selain meningkatkan metabolisma, ianya juga boleh mengeluarkan lemak.
Tahukah anda, salah satu rahsia untuk memiliki kulit cerah, bersih dan bersinar adalah dengan meminum air kosong? Hal ini terjadi keranan proses detoksifikasi mampu membersihkan jerawat dan lemak di kulit anda.
Minum air kosong di pagi hari juga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Hasilnya, anda akan terhindar dari pelbagai jenis jangkitan penyakit.