Resepi Mee Celup persis siam! Diberikan oleh Abg Chef berbangsa Siam (siamis) yg kerja disebuah warung masakan Kelantan di KL.
Korang blh la try sbb admin try mmg menjadi, sama mcm rasa kt kedai siam tu! Share cpt!
Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng
Bahan Sup:
Daging - sy rebus dulu dan potong nipis2
Perut - x letak
Paru - x letak
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk
Cara:
Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...
Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..
*Share dan tag kawan2
No comments:
Post a Comment