Monday, 31 July 2017

Soto ayam

RESEPI SOTO AYAM SAMBAL KICAP BERSAMA BEGEDIL KENTANG 😍😍😍😍

BAHAN-BAHAN

Nasi impit
Bawang goreng
Bergedil kentang
Kacang tanah
Suhun
Ayam ( direbus,dicarik dan digoreng)
Sambal kicap

SUP AYAM

2 biji bawang merah}  1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2inci ditumbuk halus,
6 ulas bawang putih}   selebihnya dipotong halus
4 inci halia
daun sup
Ayam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)
air rebusan ayam
sup bunjut
kiub pati ayam

1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.

2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. masukkan kiub ayam dan kcau.setelah itu masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam(dari isi ayam yang direbus)

3. Masukkan ayam, bawang merah,bawang putih dan halia yang dihiris pula.

4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. biarkan hingga mendidih.

5. Akhir sekali,masukkan daun sup.

BEGEDIL KENTANG

6 biji kentang
daun sup
bawang goreng
telur

1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.

2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.

3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.

4. Bentukkan kentang tadi. dan sedia untuk digoreng.

5. Pukul telur, panaskan minyak.

6.Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. siap!

SAMBAL KICAP

20 biji Cili padi hijau
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula pasir
kicap secukupnya

1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.

2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat.masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.

3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya.siap!

Siap untuk di makan, Selamat mencuba! ;)

No comments:

Post a Comment